Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 14,000 lawat Bombon Marakau

Dalam tempoh Januari hingga September 2017

- Oleh JAINUDIN NASIR

LEBIH 14,000 pelancong dari dalam dan luar negara datang melawat Bombon Marakau Ranau dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Bombon Marakau, Hamdan Jain ketika ditemui selepas menjumlah daftar nama pengunjung menerusi buku pelawat di kaunter pendaftara­n pengunjung bombon berkenaan.

Menurut Hamdan, jumlah pengunjung yang direkod setakat Ogos lepas ialah seramai 13,946 orang dari negeri ini sendiri, Sarawak, Semenanjun­g, Brunei, Singapura, Thailand, China, Jepun, India dan United Kingdom.

“Pelawat tempatan lebih ramai datang ketika cuti hujung minggu, cuti sekolah atau hari kelepasan am,” katanya yang juga penyelaras pendakian Bukit Dompurungo­n yang terletak kira-kira 4.1 kilometer dari pusat bombon itu, yang turut dibuka kepada mereka yang inginkan aktiviti lasak (hiking).

Tinjauan di Bombon Marakau pada Ahad mendapati ratusan orang hadir untuk menyaksika­n sendiri sambil berinterak­si dengan pelbagai spesies ikan yang jinak di Sungai Mansahaban.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang menyaksika­n kejinakan seekor rusa betina bernama Adirah, seekor musang bernama Langkawk, burung laut, madu kelulut serta burung seperti tekukur dan murai batu.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembaha­n bunyibunyi­an tradisi sompoton oleh Hamdan bersama petikan gitar oleh rakannya.

Jumlah pengunjung yang direkod setakat Ogos lepas ialah seramai 13,946 orang dari negeri ini sendiri, Sarawak, Semenanjun­g, Brunei, Singapura, Thailand, China, Jepun, India dan United Kingdom.

HAMDAN JAIN

Pengerusi Bombon Marakau

 ??  ??
 ??  ?? HAMDAN menghiburk­an pengunjung dengan tiupan sompotonny­a diiringi petikan gitar oleh rakannya.
HAMDAN menghiburk­an pengunjung dengan tiupan sompotonny­a diiringi petikan gitar oleh rakannya.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada ratusan pengunjung di Bombon Marakau Ranau.
SEBAHAGIAN daripada ratusan pengunjung di Bombon Marakau Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia