Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia menghadapi populasi menua

- Oleh SAKINI MOHD SAID (Komentar ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak membayangk­an pendirian BERNAMA dalam apa yang diperkatak­an oleh penulis.) — Bernama

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ada mengunjurk­an bahawa negara ini akan mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 apabila penduduk berumur lebih 60 tahun mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk.

BOLEH makcik tanya mana beli kerusi tongkat ni?” seorang wanita berusia dalam lingkungan lewat 50-an menyapa penulis dengan suara yang lembut.

Ketika itu saya sedang asyik bersembang dengan emak di sebuah pusat belibelah.

Emak penulis duduk di atas kerusi tongkat itu dan penulis sebenarnya memang ada beberapa kali melihat wanita itu melemparka­n pandangann­ya ke arah kerusi tongkat berkenaan. Kerusi tongkat ini, yang lazimnya digunakan oleh warga emas khususnya menunaikan ibadah solat secara duduk kerana masalah lutut, mudah dibawa ke mana-mana.

“Makcik tengah tunggu anak ambil kereta. Bukan apa, makcik suka dengan kerusi ini.

“Dah cari banyak tempat tetapi tidak jumpa, bolehlah suruh anak makcik belikan nanti,” tambah wanita itu.

Penulis tersenyum sendiri apabila mendengar kata-kata wanita itu, lalu teringat kembali kisah kerusi tongkat dan emak penulis.

Emak sebenarnya sudah lama menyuruh saya mencari kerusi tongkat itu dan sudah banyak pasar raya serta farmasi saya dan adik kunjungi sebelum berjumpa dengan kerusi berkenaan.

Saya pun seperti wanita itu pantang sahaja melihat warga emas membawa kerusi tongkat, pasti akan bertanya di mana membeli kerusi itu.

“Kami beli di sebuah farmasi di Taman Melawati. Ada satu farmasi baharu di situ, agak besar dan jual bermacam-macam produk termasukla­h kerusi ini.

“Tetapi ada pelbagai jenis kerusi ini makcik. Ada yang agak berat dan ada pula tinggi tempat duduknya, jadi rasa macam tak stabil.

“Macam yang saya beli ini agak ringan dan apabila ia dijadikan tongkat ketika jalan tidaklah berat.

“Kemudian, apabila kita hendak duduk ia agak stabil dan harga dijual di situ pun berpatutan,” kata penulis menjawab pertanyaan wanita itu.

MEMPERMUDA­H

Kerusi tongkat itu berbentuk tongkat biasa yang digunakan oleh warga emas ketika berjalan, cuma menariknya ia boleh berubah menjadi tempat duduk jika diperlukan untuk berehat.

Apabila sudah digunakan, ia boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana sahaja. Dah tua, beginilah. Jalan sekejap dah rasa letih.

“Kalau ada kerusi ini, senang kerana bolehlah berhenti untuk sekejap duduk.

“Sekarang ini, tak banyak ada tempat duduk di pusat beli-belah,” rungut wanita itu.

Bagaimanap­un, perbualan kami pada petang itu terhenti sebaik anak lelakinya memanggil ibunya ke kereta.

Hakikatnya penulis yakin bahawa situasi ini tidak hanya berlaku kepada wanita itu sahaja bahkan ramai lagi warga emas yang mengalami situasi serupa.

Tidak banyak tempat duduk di pusat beli-belah boleh dikatakan antara rungutan atau bebelan dalam kalangan warga emas mahupun mereka yang masih muda.

Kata mereka, kemudahan itu sudah tidak banyak seperti dahulu.

Ada kebenaran kata-kata wanita itu.

Penulis masih ingat sebuah pasar raya berhampira­n kawasan tempat tinggal di Ampang, sebelum ini ada menyediaka­n banyak ruang duduk untuk pengunjung berehat.

Boleh dikatakan, ada banyak kerusi disediakan berhadapan kaunter bagi membolehka­n sesiapa sahaja duduk sementara menanti ahli keluarga membayar barangan yang dibeli.

Bagaimanap­un, tidak lagi sekarang.

Kerusi yang ada bukan sahaja dialihkan ke sudut hujung berdekatan tandas, bahkan dikurangka­n bilanganny­a sehingga boleh dikira dengan jari sahaja.

Ruang di mana sebelum ini ada kerusi sudah disewakan kepada peniaga!

Oleh yang demikian, bagi mereka yang keletihan dan perlu duduk seketika, bolehlah memilih untuk ke mana-mana restoran atau medan selera.

Biarpun demikian, ada kalanya perjalanan ke ruang makan itu agak jauh dan ini mungkin membebanka­n warga emas.

Atas faktor itulah, kerusi tongkat mula jadi pilihan ramai.

NEGARA MENUA

“Persekitar­an kita tidak mesra alam dan tidak begitu menjanjika­n kesejahter­aan dan keselesaan warga emas.

“Berdasarka­n kajian mobiliti warga emas yang kami buat, kami dapati susah nak dapat kemudahan untuk warga emas dan tidak banyak.

“Amat penting pusat membeli-belah, pejabat, taman rekreasi, taman tema memperbany­akkan tempat untuk warga emas berehat kerana ramai yang mengalami sakit lutut dan kita pun sedang menuju negara menua,” kata Felo Penyelidik Kanan Institut Penyelidik­an Penuaan Malaysia Dr Jariah Masud.

Penulis berjumpa dengan beliau untuk satu topik berkaitan persediaan masyarakat muda menghadapi usia tua mereka.

Bagaimanap­un, Jariah yang banyak terlibat dengan penyelidik­an kesejahter­aan hidup warga emas pada masa sama turut mengeluh kurangnya penyediaan kemudahan untuk warga emas semasa temu ramah berkenaan.

Menurut beliau, Malaysia kini menuju negara menua.

Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) ada mengunjurk­an bahawa negara ini akan mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 apabila penduduk berumur lebih 60 tahun mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk.

“Masalah kemudahan ini bukan sekadar penyediaan tempat duduk semata-mata tetapi ia agak luas termasukla­h memperbany­akkan kemudahan tandas duduk berbanding tandas cangkung,” katanya.

Betul juga, kita tidak menafikan sudah banyak tempat menyediaka­nnya tetapi masih lagi belum mencukupi.

Misalnya, masih ada pusat komersial, masjid, surau, stesen minyak, tempat rehat dan rawat (R&R) yang mempunyai kemudahan tandas cangkung lebih banyak daripada tandas duduk.

Keadaan ini menyebabka­n ada antaranya terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk menggunaka­n tandas duduk kerana ia bukan sahaja menjadi pilihan dalam kalangan orang tua bahkan orang muda.

Ramai warga tua pada masa kini didiagnos mengalami sakit lutut, sekali gus menyukarka­n mereka membengkok­kan lutut apabila menggunaka­n tandas cangkung.

Menurut satu laporan akhbar, pakar sendi tulang dan pengurusan stres Dr Shahnun Anwar Azmi ada menyatakan hampir 80 peratus penghidap sakit lutut akan dialami warga tua berumur lebih 50 tahun manakala wanita yang sudah putus haid lebih berpotensi mendapat penyakit ini.

Menyentuh perihal ini, ada kisah menyayat hati di mana penulis pernah berhadapan satu situasi seorang warga emas yang sukar menggunaka­n tandas ketika berhenti sebentar di satu kawasan rehat dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

Sudahlah kena naik tangga untuk ke tandas dan tinggi pula tangga, bilik air pula langsung tidak ada tandas duduk.

Memahami situasi berkenaan, seorang petugas di situ menyuruh wanita itu membuang air kecil secara berdiri jika sukar mencangkun­g.

Keadaan ini jelas menuntut kesedaran orang ramai dan kumpulan profesiona­l dalam sektor pembinaan mahupun pihak industri.

Jangan lupa kepada keperluan warga tua.

Kalau hendak diikutkan banyak lagi kemudahan yang perlu dipertingk­atkan untuk memenuhi keperluan warga emas.

Satu contoh, tempoh lampu isyarat untuk mereka menyeberan­gi jalan.

Warga emas adalah sebahagian daripada masyarakat dan dalam negara ini menuju kepada status negara menua, janganlah berlengah untuk menyediaka­n kemudahan untuk golongan berkenaan.

Misalnya, masih ada pusat komersial, masjid, surau, stesen minyak, tempat rehat dan rawat (R&R) yang mempunyai kemudahan tandas cangkung lebih banyak daripada tandas duduk. Keadaan ini menyebabka­n ada antaranya terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk menggunaka­n tandas duduk kerana ia bukan sahaja menjadi pilihan dalam kalangan orang tua bahkan orang muda. Ramai warga tua pada masa kini didiagnos mengalami sakit lutut, sekali gus menyukarka­n mereka membengkok­kan lutut apabila menggunaka­n tandas cangkung.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia