Utusan Borneo (Sabah)

Ibu buta redha dengan ujian hidup

- - Penerangan

SEORANG ibu yang buta sejak melahirkan anak bongsu, Jamiah Nasir, 60, merupakan salah seorang daripada 150 penerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Dia yang datang ditemani cucunya, kelihatan dipapah masuk ke dalam Dewan Masjid Sandakan kira-kira jam 1 petang pada Jumaat.

Jamiah yang kini tinggal bersama anak juga mempunyai dua cucu di Batu 19, disahkan hilang penglihata­n berikutan ketumbuhan di perutnya pada tahun 1992.

Lebih malang lagi, selepas bersalin bayinya itu tidak dapat diselamatk­an doktor di Hospital Duchess of Kent, namun dia tetap tabah dan bersangka baik atas ujian yang menimpa diri dan keluargany­a itu.

“Ibu mana yang tidak sedih bila mana kehilangan bayi yang dikandung sembilan bulan tapi ini ujian Allah SWT, makcik terima dengan redha,” katanya.

Jamiah bersama yang lain menerima sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan dapur yang disampaika­n Penasihat YNJ yang juga isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Dr Hajah Norlidah RM Jasni.

Sementara itu, Pengerusi YNJ Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar dalam ucapannya menggesa semua pihak agar terus menghulurk­an bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 2012, yayasan itu telah membantu lebih 3,000 orang dan bergerak sepanjang tahun ke daerah-daerah di negeri ini.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Hamsan Awang Supain, Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Awang Juri Awang Tahir serta para ahli Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (Bakisa).

 ??  ?? AL Hambra (kiri) membantu Norlidah (tengah) menyampaik­an sumbangan beras kepada salah seorang asnaf.
AL Hambra (kiri) membantu Norlidah (tengah) menyampaik­an sumbangan beras kepada salah seorang asnaf.
 ??  ?? NORLIDAH (11 dari kiri, berdiri) dan AJK Yayasan Nur Jauhar merakamkan gambar kenangan bersama 150 penerima sumbangan.
NORLIDAH (11 dari kiri, berdiri) dan AJK Yayasan Nur Jauhar merakamkan gambar kenangan bersama 150 penerima sumbangan.
 ??  ?? NORLIDAH menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim.
NORLIDAH menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim.
 ??  ?? JAMIAH (kiri) ketika ditemubual media.
JAMIAH (kiri) ketika ditemubual media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia