Utusan Borneo (Sabah)

30 hadiri Program Latihan 1Malaysia GiatMara

-

SERAMAI 30 suri rumah dan beliawanis menyertai program sehari Latihan 1Malaysia GiatMara yang dianjurkan bagi Zon Luyang, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Program itu antara lain memberi pendedahan tentang Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan (faces

painting dan urutan kaki). Perasmian penutupan program disempurna­kan oleh Pengarah GiatMara Sabah Mohd Fazal Baniamin.

Hadir sama, Penolong Pengarah GiatMara Sabah Mohd Aizan Masi, Pengurus GiatMara Kota Kinabalu Mushdi Beludtu, Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Datuk Rosimah Zakaria, Penyelaras Program Siti Ruani Juani serta ahli jawatankua­sa Wanita Umno Kota Kinabalu.

Menurut Mohd Fazal, Latihan 1Malaysia merupakan satu kursus kemahiran berkonsepk­an pembelajar­an sepanjang hayat yang dikendalik­an oleh GiatMara.

Beliau berkata sasaran program adalah golongan suri rumah kerana mereka mempunyai banyak masa terluang yang boleh digunakan untuk menjalanka­n aktiviti berfaedah seperti berniaga secara kecil-kecilan dalam bidang kemahiran yang diajar bagi menambah pendapatan keluarga.

Katanya pendedahan tentang kemahiran membuat pelbagai bidang yang ditawarkan GiatMara bukan sahaja boleh digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga, tetapi jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh boleh menjadi punca pendapatan keluarga.

“Program Latihan 1Malaysia menawarkan pelbagai bidang kursus pendek antaranya kursus holistik dan rawatan spa, seni reka gaya rambut, solekan dan terapi kecantikan, dan kulinari,” katanya.

Beliau berkata golongan suri rumah dan beliawanis yang melibatkan diri dalam program itu harus bersedia untuk melakukan adaptasi dan perubahan yang sesuai dengan perkembang­an semasa sekiranya ingin berjaya dalam dunia perniagaan.

“Mereka perlu belajar berniaga dan harus bijak menilai serta melihat apa yang boleh dilakukan untuk menambah baik perniagaan mereka atau memilih perniagaan yang pelanggan suka,” katanya.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan bersama Mohd Fazal, Rosimah dan Mohd Aizan semasa penutupan program itu di Kota Kinabalu.
PESERTA bergambar kenangan bersama Mohd Fazal, Rosimah dan Mohd Aizan semasa penutupan program itu di Kota Kinabalu.
 ??  ?? PESERTA menerima sijil penghargaa­n daripada Mohd Fazal sambil diperhatik­an oleh Rosimah.
PESERTA menerima sijil penghargaa­n daripada Mohd Fazal sambil diperhatik­an oleh Rosimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia