Utusan Borneo (Sabah)

34 sertai Kursus Membuat Kek Kukus dan Karipap Pusing

-

SERAMAI 34 penduduk dari sekitar Mukim Paus dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan, Ranau telah menamatkan Kursus Membuat Kek Kukus dan Karipap Pusing di Dewan Mini Kampung Tampios, kira-kira 65 kilometer dari Pekan Ranau.

Majlis penutupan kursus sehari anjuran pergerakan Wanita Mukim Paus dengan kerjasama Kolej Komuniti Tambunan itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen dan Pengerusi Barisan Nasional Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Menurut Ketua Unit Pembelajar­an Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Tambunan Jenivy Dennis, program itu adalah terbuka kepada semua masyarakat sekitar Mukim Paus tanpa mengira jantina, umur, keturunan dan sebagainya.

Katanya, kursus yang julung kali diadakan itu bertujuan membantu masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan (khususnya wanita) untuk mengisi masa lapang mereka di samping memberikan pengetahua­n dan pengalaman tentang pembuatan kek.

“Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada mereka yang mempunyai minat dalam bidang memasak untuk terus menggilap bakat mereka sehingga menjadi seorang yang mahir dalam pelbagai jenis masakan,” katanya.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Ewon menyeru para peserta yang telah menamatkan kursus itu supaya tidak mensia-siakan pengalaman yang diperoleh tetapi menjadikan­nya sebagai titik mula untuk terus bergiat dalam bidang pembuatan makanan ringan.

Katanya, memandangk­an makanan ringan mempunyai pasaran yang sangat luas dan mudah diurus maka, masyarakat seharusnya melihat bidang itu sebagai satu peluang keemasan untuk meningkatk­an pendapatan keluarga.

“Sumber atau bahan untuk membuat makanan ringan seperti pisang, ubi kayu, keledek dan sebagainya mudah diperolehi malah boleh ditanam sendiri,” katanya.

Selain itu, tambahnya, kerajaan sentiasa prihatin untuk memberikan bantuan terutama dari segi penganjura­n kursus, bantuan pemasaran serta bantuan mendapatka­n modal permulaan perniagaan kepada individu atau kumpulan yang benar-benar mahu berusaha.

Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah isteri Ewon, Datin Danna Ontol, Setiausaha Parlimen Ranau Dallius Ubin dan pemimpin setempat.

 ??  ?? EWON meninjau jalan raya yang memerlukan pembinaan jambatan merentasi Sungai Toupos bagi memudahkan penduduk mengangkat hasil pertanian di musim hujan.
EWON meninjau jalan raya yang memerlukan pembinaan jambatan merentasi Sungai Toupos bagi memudahkan penduduk mengangkat hasil pertanian di musim hujan.
 ??  ?? EWON menyampaik­an sijil tamat kursus kepada wakil peserta diperhatik­an Jenivy (kiri).
EWON menyampaik­an sijil tamat kursus kepada wakil peserta diperhatik­an Jenivy (kiri).
 ??  ?? EWON dan Jenivy (tengah) bergambar kenangan bersama peserta kursus.
EWON dan Jenivy (tengah) bergambar kenangan bersama peserta kursus.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang telah menamatkan kursus itu.
SEBAHAGIAN peserta yang telah menamatkan kursus itu.
 ??  ?? EWON menyampaik­an cenderahat­i kepada Jenivy.
EWON menyampaik­an cenderahat­i kepada Jenivy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia