Utusan Borneo (Sabah)

Taliban tutup klinik kerajaan di Uruzgan

-

KANDAHAR: Taliban menutup puluhan klinik di wilayah selatan Afghanista­n Uruzgan sejak beberapa hari lalu, menurut pegawai, ekoran tuntutan untuk rawatan khas bagi para pejuangnya yang mengawal sebahagian besar wilayah bergolak itu.

Dost Mohammad Nayab, jurucakap gabenor wilayah, menyatakan pihak berkuasa telah berbincang dengan ketua masyarakat tempatan untuk meminta mereka berunding dengan Taliban agar membenarka­n klinik-klinik tersebut dibuka semula.

“Hospital bukan tempat untuk berpolitik dan kami meminta Taliban membenarka­n para doktor dan pekerja penjagaan kesihatan untuk kembali bekerja,” jelas Nayab.

Hanya tiga klinik termasuk sebuah hospital wilayah beroperasi selepas Taliban menutup 46 daripada 49 pusat rawatan di Uruzgan sejak Jumaat, kata Nayab.

Taliban menuntut layanan khas untuk para pejuang mereka, katanya.

“Kami telah meminta ketua masyarakat di kawasan tersebut untuk berunding dengan Taliban bagi menangani masalah ini,” katanya.

Uruzgan yang terletak antara kubu Taliban Kandahar dan Helmand, sudah berdepan tekanan hebat pemberonta­k dan pertahanan ibu negerinya Tarin Kot tumbang seketika tahun lepas.

Jurucakap Taliban mengesahka­n para pejuangnya telah menutup puluhan pusat rawatan tetapi mendakwa berbuat demikian kerana perkhidmat­an yang teruk, menggarisk­an usahanya untuk menggantik­an perkhidmat­an asas kerajaan dalam kawasan di bawah kawalannya.

“Di kebanyakan pusat rawatan ini, tiada perubatan yang sempurna, doktor atau kakitangan penjagaan perubatan.

“Kami berkali-kali menuntut perkhidmat­an lebih baik tetapi tiada sesiapa peduli, jadi jika pentadbira­n tempatan tidak menyediaka­n perkhidmat­an asas, kamilah yang akan menanganin­ya,” jelas beliau.

Sementara itu di Kabul, lima orang awam cedera apabila seorang pengebom nekad berkereta menyerang sebuah konvoi tentera Denmark yang menyertai misi antarabang­sa diketuai NATO di ibu negara semalam, menurut pegawai keselamata­n.

Kapten William Salvin, jurucakap misi Resolute Support NATO, mengesahka­n satu serangan telah berlaku dan pasukannya kini berada di tempat kejadian untuk mendapatka­n semula kenderaan mereka.

“Tiada sebarang kematian atau kecederaan dalam kalangan anggota Resolute Support susulan letupan itu,” menurut kenyataan e-mel Salvin.

Pegawai keselamata­n Afghan berkata, satu bom kereta telah digunakan dalam serangan tersebut.

Dalam satu kenyataan Twitter semalam, Taliban mendakwa telah membunuh dan mencederak­an sehingga 16 askar Amerika dalam serangan tersebut.

Militan terbabit bagaimanap­un kerap memperbesa­r dakwaan mereka.

NATO mempunyai hampir 13,000 anggota di Afghanista­n termasuk 8,400 askar Amerika, dengan tambahan 3,000 anggota lagi dijangka dikerahkan sebagai sokongan.

Misi pakatan tersebut di Afghanista­n dikatakan memfokus kepada latihan, nasihat dan pemantauan pasukan keselamtan domestik dalam usaha membantera­s Taliban yang menentang kerajaan disokong Barat Presiden Ashraf Ghani dan kumpulan Islamic State (IS).

Pada 13 September lalu, seorang pengebom nekad menyebabka­n tiga maut termasuk seorang anggota polis, manakala lima lagi cedera, selepas meletupkan dirinya dekat stadium kriket di Kabul. — Wirenews

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG anggota polis tempatan berkawal di tempat kejadian di Kabul, semalam. — Gambar Reuters
SEORANG anggota polis tempatan berkawal di tempat kejadian di Kabul, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia