Utusan Borneo (Sabah)

Merkel bakal cipta sejarah penggal keempat

Pilihan raya umum Jerman kali ini menyaksika­n parti antipendat­ang semakin menonjol

- — Gambar Reuters

BERLIN: Rakyat Jerman telah mula mengundi dalam pilihan raya umum semalam yang kemungkina­n akan menyaksika­n Canselor Angela Merkel memenangi penggalkee­mpatbersej­arah dan parti haluan kanan memasuki Parlimen buat kali pertama dalam sejarah lebih setengah abad.

Parti konservati­f Merkel dalam landasan untuk kekal sebagai kumpulan terbesar di Parlimen, berdasarka­n tinjauan pendapat, namun kegagalan landskap politik mungkin akan menjadikan ia lebih sukar bagi beliau untuk membentuk pakatan pemerintah berbanding sebelum ini.

Dengan sepertiga rakyat Jerman tidak memutuskan dalam peringkat awal hingga pilihan raya, Merkel dan lawan utamanya, pencabar haluan kiri Martin Schulz Demokrat Sosial (SPD), menggesa mereka kelmarin agar keluar mengundi.

“Kami ingin meningkatk­an motivasi anda supaya kami masih dapat mencapai lebih ramai orang,” Canselor, 63, menyatakan di Berlin kelmarin sebelum menuju ke utara ke kawasannya untuk pusingan terakhir berkempen.

Bagi undian wilayah pada tahun lepas, parti konservati­f Merkel telah mendapat tentangan Alternatif Untuk Jerman (AfD), yang mengambil kesempatan daripada kemarahan rakyat terhadap keputusann­ya pada 2015 untuk membuka sempadan Jerman kepada lebih sejuta pendatang.

Kedua-dua Merkel dan Schulz bimbang bahawa kehadiran rendah sebaliknya memihak kepada parti-parti lebih kecil, terutama AfD, yang dijangka memasuki Parlimen negara buat kali pertama.

Pada Jumaat lepas, Schulz mengecam AfD sebagai pemusnah demokrasi.

Tinjauan INSA yang disiarkan akhbar Bild kelmarin mencadangk­an sokongan telah menurun bagi pihak konservati­f Merkel, yang menurunkan dua peratus mata kepada 34 peratus, dan SPD, turun satu mata kepada 21 peratus, di mana keduaduany­a bersatu dalam satu pakatan agung.

Parti antipendat­ang AfD naik dua mata kepada 13 peratus, meletakkan­ya dalam laluan sebagai parti ketiga terbesar.

Sekiranya beliau memenangi satu penggal keempat, anak perempuan paderi itu yang membesar di Jerman Timur ketika komunis, akan menyertai mendiang Helmut Kohl, mentornya yang menyatukan semula Jerman, dan Konrad Adenauer, yang mengetuai kelahiran semula Jerman selepas Perang Dunia Kedua, sebagai satu-satunya pemerintah pascapeper­angan yang memenangi empat pilihan raya umum.

Penguasaan dalam pilihan raya mungkin mendesak Merkel untuk memperbaha­rui pakatan agungnya dengan SPD, atau mungkin memilih pakatan tiga hala dengan parti properniag­aan Demokrat Bebas (FDP) dan jurukempen alam sekitar Hijau.

Proses pengundian dibuka pada jam 8 pagi waktu tempatan dan akan diteruskan sehingga jam 6 petang, ketika penutupan pusat pengundian akan memberi petunjuk per-tama keputusan. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? KOMBINASI gambar menunjukka­n Merkel mengendong seorang budak lelaki semasa melawat festival menuai di Lauterbach, kelmarin manakala Schulz dan isterinya membuang undi dalam Bundestags­wahl di Wuerselen, semalam.
KOMBINASI gambar menunjukka­n Merkel mengendong seorang budak lelaki semasa melawat festival menuai di Lauterbach, kelmarin manakala Schulz dan isterinya membuang undi dalam Bundestags­wahl di Wuerselen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia