Utusan Borneo (Sabah)

Kenali personalit­i #IndahdiHat­i

-

MAWI

Mawi bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air. Juara Akademi Fantasia musim ketiga ini sememangny­a mempunyai aura tersendiri dalam memikat hati peminatnya. Mawi mempunyai bakat yang amat besar terutama dalam bidang nyanyian ketuhanan. Sepertiman­a beliau pernah menularkan demam `Mawi World ´, diharap aura Mawi akan terserlah dalam bidang penyiaran radio pula. Para pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur sudah pasti tidak sabar ingin mendengar celoteh penyanyi kesayangan mereka ini.

ANAS

Energetik, kelakar, dan mesra, merupakan karektor yang sebati dalam jiwa Anas. Ikon remaja ini sememangny­a tidak asing lagi di kalangan para pendengar sasaran stesen radio terbaru ini. Berpengala­man luas dalam bidang muzik lebihlebih lagi nasyid, ianya tidak menghalang Anas dari mendekati para pendengar dengan gaya yang bersahaja dan kuat mengusik. Anas sememangny­a mempunyai perangai yang gila-gila. Lihat sajalah pada hobinya yang cukup hebat, iaitu meniru hobi kawan.

RAQIB

Raqib mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraa­n apabila menjadi hos Program Dikir Zikir dan Pasport Ziarah di salah satu rangkaian televisyen. Raqib sememangny­a tidak asing lagi dalam kalangan para peminat Akademi Fantasia apabila menjadi peserta rancangan terkenal itu pada musim ke 9 2011. Raqib kini bergerak aktif dalam bidang nasyid dan zikir, serta sering mewarnai rancangan televisyen dengan alunan ketuhanan yang mengasyikk­an.

LIN

Lin Ariffin mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran televisyen dan kini berkecimpu­ng pula dalam penyiaran radio. Bekas pembaca berita ini kini mengacarak­an program bual bicara Bismillah Ad-Duha di Astro Oasis. Lin Ariffin menganggap tawaran menjadi penyampai radio adalah sesuatu yang mencabar dan baik untuk kerjayanya. Jiwa dan gaya gadis kecil molek ini sememangny­a sentiasa segar dengan fesyen muslimah terkini. Beliau juga memiliki perniagaan fesyen muslimah atas talian iaitu Roopawan.

FALYQ

Falyq merupakan seorang anak muda yang berpengala­man luas dalam bidang penyiaran radio. Memulakan kerjaya sebagai anggota skuad jalanan, sebelum menyertai rancangan realiti mencari penyampai dan menduduki tempat ke-3. Falyq juga semakin menjadi pilihan untuk mengacara pelbagai majlis. Minat yang mendalam dalam sukan bola sepak, menjadikan anak muda tinggi lampai ini seorang yang aktif dan mampu menjadi contoh remaja aktif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia