Utusan Borneo (Sabah)

Dua gol Dybala bantu Juventus benam Torino 4-0

-

MILAN, Sepanyol: Paul Dybala menjaringk­an dua gol ketika Juventus menewaskan Torino 40 dan mengekalka­n kedudukan di kelompok teratas Serie A Itali bersama-sama Napoli, yang menewaskan SPAL 3-2 Sabtu lepas.

Dybala kini sudah menjaringk­an 10 gol – termasuk dua hatrik – dari enam perlawanan liga sementara gol lain dijaringka­n oleh Miralem Pjanic dan Alex Sandro di Stadium Allianz.

Juventus mengekalka­n permulaan sempurna musim ini tetapi bagi Torino, ia kekalahan pertama mereka musim ini ketika bergelut beraksi dengan 10 pemain selama lebih satu jam selepas Daniele Baselli dibuang padang setelah menerima dua kad kuning.

“Torino biasanya menimbulka­n masalah kepada lawannya tetapi kami tidak pernah terancam malam ini,” kata Pjanic.

Pada perlawanan awal, Napoli bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan SPAL 3-2 untuk kemenangan keenam mereka sementara AS Roma menewaskan Udinese 3-1 untuk memastikan tiga pasukan teratas ini mempunyai keyakinan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara.

Napoli, yang dibimbing Maurizio Sarri, berada di hadapan Juventus dengan perbezaan gol sementara Roma naik ke tangga keempat dengan 12 mata dan Torino turun ke tangga keenam dengan 11 mata.

Dybala membuka jaringan pada minit ke-16 selepas umpanan cantik Pjanic dan satu tendangan percuma cantik Pjanic, lima minit sebelum rehat memastikan Juventus menambah jaringan sebelum Sandro menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-57.

Dybala melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan untuk menyebabka­n Torino terpaksa menanti lagi kemenangan pertama mereka di Juventus sejak 1995.

Walaupun aksi memberangs­angkan dalam Serie A, Juventus tewas perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara kepada Barcelona dan minggu ini, mereka menanti kunjungan kelab dari Greece, Olympiakos.

“Pasukan ini akan bangkit pada perlawanan di tempat sendiri kerana kami mahu meneruskan kemaraan ke pusingan kedua (Liga JuaraJuara),” kata Pjanic. -AFP

 ??  ?? PEMAIN Juventus Juan Cuadrado diasak Daniele Baselli dan Cristian Ansaldi dalam perlawanan itu. -Gambar Reuters
PEMAIN Juventus Juan Cuadrado diasak Daniele Baselli dan Cristian Ansaldi dalam perlawanan itu. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia