Utusan Borneo (Sabah)

Emery jangka Neymar akan beraksi menentang Bayern Munich

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Unai Emery berkata beliau menjangkak­an Neymar akan kembali dari kecederaan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich Selasa ini selepas pasukannya diikat tanpa jaringan di Montpellie­r ketika penyerang antarabang­sa Brazil itu tidak beraksi dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Neymar tidak bermain selepas mengalami kecederaan kaki dan PSG menyaksika­n permulaan cemerlang mereka dalam liga musim ini berakhir dengan keputusan seri.

“Kami perlu menunggu sehingga esok (Ahad) untuk melihat sekiranya beliau dapat kembali bermain,” kata Emery.

“Baki tiga hari untuk membuat persediaan adalah penting tetapi saya fikir jika semuanya kembali seperti biasa, beliau akan bermain.”

Keputusans­erimenyaks­ikan jurang kelebihan mata PSG di tangga teratas liga kini hanya satu mata selepas Monaco membelasah Lille pada hari Jumaat.

Emery mahu pemainnya untuk menembusi pertahanan kental lawan tanpa Neymar.

“Kami memerlukan semua pemain, apabila seorang pemain tidak dapat beraksi, ia penting di mana pemain lain mengekalka­n tahap dan rentak pasukan,” tambah beliau selepas pasukannya hanya mampu melakukan satu cubaan tepat ke pintu gol.

Pemain remaja, Kylian Mbappe, mempunyai peluang terbaik untuk PSG tetapi cubaan akhirnya mengecewak­an.

Tanpa kelibat Neymar, PSG ternyata tumpul pada 45 minit pertama dengan beberapa pemain kelihatan sudah memberikan tumpuan kepadaperl­awananmene­ntang Bayern.

Pada perlawanan lain, Bordeaux mengekalka­n rekod tanpa kalah apabila pemain gantian, Alexandre Mendy dan Jonathan Cafu memastikan kemenangan 3-1 ke atas Guingamp.

Jimmy Briand gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti untuk Guingamp sebelum Francois Kamanomele­takkanBord­eaux di hadapan tetapi Yannis Salibur berjaya mengikat kedudukan.

 ?? -Gambar AFP ?? MBAPPE (kiri) melepasi Ellyes Skhiri semasa perlawanan antara PSG dan Montpellie­r.
-Gambar AFP MBAPPE (kiri) melepasi Ellyes Skhiri semasa perlawanan antara PSG dan Montpellie­r.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia