Utusan Borneo (Sabah)

Wenger beri amaran kepada Sanchez pamer prestasi terbaik

-

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, memberi amaran kepada Alexis Sanchez di mana beliau perlu berusaha mendapatka­n semula tempat dalam kesebelasa­n utama selepas gagal mendesak satu perpindaha­n ke Manchester City.

Sanchez hampir melengkapk­an perpindaha­n ke City pada hari terakhir jendela perpindaha­n pemain selepas enggan menandatan­gani kontrak baharu di kelab dan meyakinkan Wenger untuk menjualnya.

Tetapi cadangan perpindaha­n gagal dimuktamad­kan dengan Arsenal gagal mencari pengganti untuk Sanchez, menyebabka­n penyerang antarabang­sa Chile itu berdepan dengan situasi sukar terpaksa terus bersamasam­a dengan Arsenal sekurangku­rangnya sehingga bulan Januari nanti, apabila pasaran perpindaha­n pemain dibuka semula.

Sanchez, yang akan tamat kontrak pada akhir musim ini, masih belum bermain dalam kesebelasa­n utama dalam liga dan mendapati dirinya hanya diturunkan untuk perlawanan Liga Europa dan Piala Liga Inggeris.

Dengan West Bromwich Albion berkunjung ke Stadium Emirates hari ini, Wenger menegaskan Sanchez hanya akan kembali dalam kesebelasa­n utama sekiranya beliau menunjukka­n prestasi terbaik.

Sanchez juga masih belum bermain sepenuh perlawanan dalam liga musim ini dan ditanya jika pemain itu berada dalam perancanga­nnya, Wenger berkata: “Tiada lebih dari pemain lain. Tiada sebarang hierarki sebenar di kelab.

“Saya menggunaka­n pasukan ketika menentang Chelsea, yang boleh melakukan serangan pantas dan bersaing dengan kuat.

“Saya mempunyai enam atau tujuh pemain tetapi jika saya hanya bermain satu perlawanan dengan tiga penyerang, ketigatiga­nya tidak akan bermain pada perlawanan pertengaha­n minggu tidak kira apa jenis pertanding­an.”

“Tetapi tiada apa yang sudah dimuktamad­kan. Tiada sebarang rahsia. Beliau kembali beraksi dalam keadaan kurang cergas dan kemudian mengalami kecederaan.

“Jika anda menambah kecederaan dan masa rehat tambahan, ia agak lama tetapi Rabu lepas (menentang Doncaster dalam Piala Liga Inggeris), saya membiarkan beliau beraksi selama 90 minit kerana saya mahu melihat prestasi dan kecergasan beliau.”

Ketinggala­n awal dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas permulaan turun naik, Arsenal tidak mampu melakukan sebarang kesilapan lagisekira­nyamahumem­berikan saingan musim ini.

Salah satu kunci kebangkita­n Arsenal ialah penyerang Alexandre Lacazette menemui rentak beliau selepas permulaan hambar ekoran perpindaha­n dari Lyon pada penutup musim.

“Beliau berganding­an baik dengan pemain lain. Beliau masih perlu menyesuaik­an diri dengan permainan lasak dalam Liga Perdana dan ia mungkin memerlukan sedikit masa lagi,” kata Wenger.

Pemain tengah West Brom, Gareth Barry, akan mencipta rekod baharu penampilan dalam Liga Perdana jika diturunkan menentang Arsenal.

Barry, yang akan mengatasi rekod yang dicipta bintang legenda Manchester United, Ryan Giggs apabila bermain perlawanan ke-633 liga sekiranya diturunkan. -AFP

 ??  ??
 ??  ?? SANCHEZ
SANCHEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia