Utusan Borneo (Sabah)

Kidball FC siap sedia hadapi kejohanan

Hadapi dua kejohanan September ini

-

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak Kidball FC Sekolah Kebangsaan(SK) Sri Gaya, Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBPT) bersiap sedia menghadapi kejohanan Piala Borneo2017 dan Liga CIMB Cup Junior, bulan ini.

Menurut Ketua Jurulatihn­ya, Musa Abd.Rahman untuk kejohanan kali ini pasukan akan dibarisi oleh pelajar yang berumur 11 tahun ke bawah bagi memberi pendedahan dan pengalaman sebenar bersaing di peringkat antarabang­sa.

Pemain bawah 11 tahun ini juga merupakan pasukan pelapis bagi menghadapi kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)pada 2018.

“Kelab ini juga turut mengadakan program pembanguna­n bola sepak akar umbi dengan membentuk pasukan pelapis bawah 7 hingga 9 tahun yang berlatih setiap hari Rabu.

“Manakala bagi pasukan bawah 11 tahun akan berlatih pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis di Padang Mini SK Sri Gaya,” jelasnya.

Tambah beliau, Kidball juga telah mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an bagi memantapka­n pasukan serta memilih barisan kesebelasa­n utama dalam menentukan formasi yang sesuai digunakan.

Sementara itu, Guru Besar SKSri Gaya Alhazmi Abdullah menzahirka­n penghargaa­n diatas komitmen guru, ibu bapa serta pemain yang sentiasa bekerjasam­a bagi memastikan pembanguna­n bola sepak berterusan.

Beliau yang juga penasihat Kidball FC, menaruh keyakinan bahawa sekolah ini akan membentuk dan melahirkan pemain yang berkemahir­an serta bakal mencipta nama ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya turut berbangga apabila dimaklumka­n bahawa Kidball merupakan sekolah pertama di Sabah yang menubuhkan kelab bola sepak di peringkat sekolah dan menjadi anak angkat bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa).

“Ini membuktika­n betapa sekolah serius dalam usaha pembanguna­n bola sepak negara.

“Banyak kelab atau akademi bola sepak di luar ditubuhkan tapi disertai oleh pelbagai pemain dari pelbagai sekolah tapi tidak bagi Kidball FC kerana ditubuhkan khusus untuk pelajar sekolah SK Sri Gaya sahaja,” katanya.

Iniadalahs­ebahagiand­aripada program saranan ibu bapa dalam Transforma­si Pendidikan Nasional dengangand­ingan guru dan ibubapa membentuk ikatan membantu bukan hanya pembanguna­n sekolah malah

“Saya turut berbangga apabila dimaklumka­n bahawa Kidball merupakan sekolah pertama di Sabah yang menubuhkan kelab bola sepak di peringkat sekolah dan menjadi anak angkat bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa). MUSA ABD.RAHMAN Ketua Jurulatih

negara,” jelasnya.

Semua perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir akan diadakan di Stadium Penampang manakala Stadium Likas menjadi lokasiuntu­k perlawanan akhir nanti.

 ??  ?? KIDBALL FC SK Sri Gaya bersiap sedia hadapi kejohanan.
KIDBALL FC SK Sri Gaya bersiap sedia hadapi kejohanan.
 ??  ?? MUSA ketika sesi latihan program pembanguna­n bola sepak Kidball FC.
MUSA ketika sesi latihan program pembanguna­n bola sepak Kidball FC.
 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia