Utusan Borneo (Sabah)

Tambunan juara angkat berat Sabah

Bawa pulang 10 emas, empat perak dan empat gangsa

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pasukan Tambunan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Wawasan menjulang Piala Pusingan Kejohanan Angkat Berat Sabah 2017 yang berakhir di Tai Chi Pavillion, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Ahad.

Pasukan gabungan atlet daerah dan sekolah di daerah Tambunan itu membawa pulang 10 emas, empat perak dan empat gangsa untuk mengatasi empat pasukan lain.

Pasukan Papar menduduki tempat kedua dengan enam emas, dua perak dan dua gangsa sambil Ranau dengan memenangi dua emas, lima perak dan dua gangsa berada pada kedudukan ketiga.

Kota Kinabalu yang memenangi dua emas, satu perak dan dua gangsa diikuti Keningau dengan dua emas, satu perak masing-masing berada pada kedudukan keempat dan kelima.

Kejohanan dua hari anjuran Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA) itu disertai oleh 67 atlet yang bersaing dalam tiga kategori iaitu terbuka, 15 dan 21 tahun kebawah.

Presiden SWA Philip Gisan berkata, kejohanan itu diadakan bertujuan untuk melihat perkembang­an keupayaan atlet selain menjadi medan pemilihan atlet berpotensi untuk beraksi di Sirkit Pertama Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan di Sarawak pada bulan hadapan.

“Kejohanan itu diadakan bertujuan untuk melihat perkembang­an keupayaan atlet selain menjadi medan pemilihan atlet berpotensi untuk beraksi di Sirkit Pertama Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan di Sarawak pada bulan hadapan.

PHILIP GISAN Presiden SWA

 ??  ?? PHILIP Gisan (belakang tiga kiri) menyampaik­an Piala Pusingan Kejohanan Angkat Berat Sabah 2017 kepada pengurus pasukan Tambunan; Cornelius Pawon di Tai Chi Pavillion, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Ahad.
PHILIP Gisan (belakang tiga kiri) menyampaik­an Piala Pusingan Kejohanan Angkat Berat Sabah 2017 kepada pengurus pasukan Tambunan; Cornelius Pawon di Tai Chi Pavillion, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia