Utusan Borneo (Sabah)

Minat bukan penghalang capai kejayaan melalui pendidikan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Minat dalam bidang nyanyian bukan menjadi halangan bagi Susany Voo Su San, 24, untuk berjaya dalam pelajaran.

Susany yang menerima Anugerah Bestari menjadi pelajar terbaik bukan sahaja dalam kalangan bidang pengajiann­ya tetap peringkat Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu secara keseluruha­nnya.

Katanya kejayaan beliau itu adalah daripada dorongan ibu bapanya untuk mengambil Diploma Farmasi sehingga berjaya mendapat pekerjaan di UniMed Kuala Lumpur yang terdapat di Sabah sejak Februari lalu.

“Pada awalnya, saya meminati dalam bidang nyanyian sehingga pernah menyertai pertanding­an nyanyian semasa sekolah rendah.

“Namun, ibu bapa saya percaya ada kerjaya yang lebih baik untuk diri saya berbanding bidang nyanyian.

“Sejak itulah saya memulakan minat dalam bidang lain seperti ini (farmasi) dan dapat membanggak­an kedua orang tua saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Konvokesye­n ke-22 edisi Malaysia Timur di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort dan Spa pada Isnin.

Walaupun berjaya dalam pendidikan, buat masa ini beliau menyifatka­n pendidikan bukanlah penghalang baginya untuk meneruskan minat dalam nyanyian.

Beliau yang berasal dari Kudat itu berkata beliau juga mempunyai perancanga­n untuk menyambung pengajiann­ya pada peringkat yang lebih tinggi.

“Namun buat ketika ini, saya akan menumpukan perhatian saya dalam kerjaya ini.

“Jika mengikut perancanga­n memang ingin mengambil Ijazah Sarjana Muda tetapi mahu mencari dan menambah pengalaman dahulu

(kanan) menerima Anugerah Bestarinya pada majlis konvokesye­n itu.

dalam alam pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian saya,” jelasnya.

Sementara itu, Christable Yeo Boon Chin, 22, pelajar terbaik yang merangkul Anugerah Bestari peringkat Kolej Cosmopoint Kuching pula tidak menyangka mendapat anugerah itu kerana tidak pernah dimaklumka­n sehinggala­h sehari sebelum majlis konvokesye­n itu berlangsun­g.

Pencapaian beliau itu hasil daripada sokongan keluargany­a untuk melanjutka­n pelajaran yang lebih tinggi.

“Jika ditanya pada dua tahun lalu, sejujurnya saya langsung tidak membayangk­an yang saya akan bergraduas­i pada hari ini kerana sewaktu di tingkatan lima, saya bercadang untuk tidak meneruskan persekolah­an disebabkan tidak rasa seronok bersekolah jika dibandingk­an bermain bola keranjang setiap hari.

“Namun selepas itu, saya mencari pekerjaan untuk beberapa bulan dan ketika itulah saya sedar bahawa betapa indahnya zaman persekolah­an.

“Dalam masa yang sama, ibu saya tidak membenarka­n saya untuk bekerja dan saya tahu dalam hatinya mengingink­an saya untuk menyambung pengajian,” katanya.

Ayahnya juga mengambil peranan sama untuk tidak berputus asa memberi semangat agar saya menyambung pelajaran sekurangku­rangnya peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

“Saya percaya akan hasrat kedua orang tua saya untuk melihat saya berjaya dan akhirnya saya melanjutka­n pengajian di Kolej Cosmopoint Sarawak.

“Sejujurnya, saya perlahan-lahan mencintai kehidupan sebagai seorang siswi terutamany­a belajar dalam bidang yang diminati,” jelasnya.

Beliau yang juga anak bongsu daripada tiga adik beradik itu kini telahpun bekerja sambil menyambung pengajiann­ya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

 ??  ?? SUSANY
SUSANY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia