Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki perlu jalani pemeriksaa­n payudara

-

KOTA KINABALU: Golongan lelaki perlu menjalani pemeriksaa­n payudara bagi mengesan barah berkenaan dari peringkat awal.

Pengerusi Pelaksana Majlis Makan Malam Amal Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kota Kinabalu (Kinabalu Pink Ribbon) Natrah Arif berkata, tiada pendedahan dan pendidikan berkenaan penyakit berkenaan menyebabka­n golongan lelaki mengambil mudah tentang penyakit itu.

“Walaupun bilangan pesakit kanser payudara dari golongan lelaki tidak seramai golongan wanita, kita berharap mereka tidak malu untuk menjalani pemeriksaa­n payudara mereka.

“Sehingga kini, saya telah menerima maklumat bahawa enam lelaki di Sabah menghidap barah payudara dan sewajarnya mereka tidak mengambil ringan perkara ini.

“Kekurangan pendedahan dan pendidikan penyakit menyebabka­n ia hanya dapat dikesan apabila telah berada di peringkat yang serius dan tidak dapat diselamatk­an lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Negeri, pagi Isnin.

Berkenaan kunjungan hormat itu, Natrah menerangka­n ia adalah untuk menjemput Norlidah selaku penaung persatuan berkenaan untuk menghadiri Majlis Makan Malam Amal pada 29 Oktober ini yang bertujuan mengumpul dana persatuan.

“Kita menjangka akan dapat mengumpul sejumlah RM70,000 hingga RM80,000 daripada penjualan 100 meja.

“Dana berkenaan akan digunakan untuk menganjurk­an pelbagai program kesedaran dan pendidikan mengenai kanser payudara di peringkat sekolah dan juga di kawasan pedalaman,” jelasnya.

Tiket-tiket dijual pada harga RM500, RM300 dan RM200 dengan menawarkan pelbagai pengisian hiburan dan turut mempersemb­ahkan bunyian gendang oleh 30 bekas pesakit kanser payudara.

 ??  ?? PRESIDEN Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin Mui Wah memberi penerangan berkenaan majlis makan malam amal persatuan itu.
PRESIDEN Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin Mui Wah memberi penerangan berkenaan majlis makan malam amal persatuan itu.
 ??  ?? NATRAH (duduk, kanan) dan Presiden Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin Mui Wah (duduk, kiri) bersama ahli rombongan bergambar kenangan bersama Norlidah (duduk, tengah).
NATRAH (duduk, kanan) dan Presiden Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin Mui Wah (duduk, kiri) bersama ahli rombongan bergambar kenangan bersama Norlidah (duduk, tengah).
 ??  ?? HADIR sama di majlis berkenaan adalah Presiden Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin Mui Wah.
HADIR sama di majlis berkenaan adalah Presiden Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin Mui Wah.
 ??  ?? PRESIDEN Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin Mui Wah (kanan) berbual mesra dengan Norlidah (kiri).
PRESIDEN Kinabalu Pink Ribbon Annie Chin Mui Wah (kanan) berbual mesra dengan Norlidah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia