Utusan Borneo (Sabah)

Marquez tawan litar Aragon

-

ALCAÑIZ, Sepanyol: Marc Marquez (gambar) menjarakka­n kedudukan selaku pendahulu keseluruha­n kategori pelumba dengan kelebihan 16 mata berbanding Andrea Dovizioso selepas mencipta kemenangan kelima beliau musim ini di MotoGP Aragon Ahad lepas.

Marquez mengatasi rakan sepasukann­ya dari Honda, Dani Pedrosa sementara Jorge Lorenzo menduduki tempat ketiga.

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi, menamatkan perlumbaan di tempat kelima walaupun baharu tiga minggu selepas mengalami dua keretakan tulang kaki.

“Saya agak bangga kerana seminggu yang lalu, saya tidak tahu jika saya dapat berlumba,” kata Rossi, yang tidak berlumba di GP San Marino dua minggu lepas.

Rossi bersaing untuk mendahului awal perlumbaan selepas bermula di petak ketiga tetapi kegagalan beliau mengekalka­n saingan boleh difahami.

“Saya tahu saya akan merasai kesannya pada separuh kedua perlumbaan. Saya ada berasa beberapa kesakitan dan juga masalah dengan cengkaman tayar,” tambah beliau.

Walaupun usaha berani itu, Rossi, yang kini ketinggala­n 56 mata di belakang Marquez dengan impian kejuaraan dunia yang ke-10 beliau hampir pasti berakhir.

Dovizioso memulakan perlumbaan dengan berkongsi mata dengan Marquez tetapi menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, sekali gus menjejaska­n impian beliau untuk memburu kejuaraan dengan baki empat perlumbaan sahaja lagi musim ini.

Marquez menunjukka­n kehebatann­ya dengan meluru ke hadapan saingan walaupun bermula di petak kelima sebelum memintas Lorenzo ketika berbaki lapan perlumbaan untuk mencipta kemenangan ketiga MotoGP di Aragon dan yang keempat keseluruha­n selepas memenangi kejuaraan Moto2 pada 2011.

“Saya mengambil banyak risiko tetapi saya bermula dengan mentaliti kemenangan dan saya menamatkan­nya dengan baik sekali hari ini,” kata Marquez.

“Ia penting kerana dalam saingan kejuaraan, saya mendahului 16 mata (di hadapan Dovizioso) dan 28 mata (di hadapan Maverick Vinales) dan ia adalah lebih baik mempunyai satu jurang mata.”

Pedrosa melengkapk­an hari yang sempurna buat Honda apabila melonjak ke kedudukan kedua selepas perlumbaan perlahan dan memintas Rossi, Vinales dan Lorenzo di akhir perlumbaan tetapi beliau merasakan ia terlalu lewat untuk me- mintas Marquez.

“Malangnya, saya terlalu lama berada di belakang Maverick dan juga jurang di hadapan Marc semakin sukar untuk dirapatkan,” kata Pedrosa.

Lorenzo, yang memburu kemenangan pertama selepas

berpindah ke pasukan Ducati musim ini, mendahului hampir sepanjang perlumbaan selepas memintas pelumba di petak pertama, Vinales, pada selekoh pertama.

Tetapi beliau gagal menyaingi kepantasan Honda pada 10 pusingan terakhir sebelum akur dengan tempat ketiga.

Selepas rehat tiga minggu, perlumbaan akan disambung semula di Grand Prix Jepun pada 15 Oktober. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia