Utusan Borneo (Sabah)

JPBW LANCAR PELAN INTEGRITI

Menjadi peneraju perancang pembanguna­n bandar, desa

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri (JPBW) Sabah kelmarin melancarka­n Pelan Integriti 2016-2020.

Ia bertujuan menjadikan jabatan itu menjadi peneraju dalam perancang bandar dan desa secara teratur, progresif dan mapan di seluruh Sabah, termasuk kawasan perairan seperti termaktub mengikut Ordinan Perancang Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

Ketika melancarka­nnya, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata Pelan Integriti JPBW Sabah menggarisk­an pelaksanaa­n berasaskan kepada empat objektif utama.

Ia termasuk menjurus kepada pembentuka­n modal insan iaitu memantapka­n tadbir urus terbaik, meningkatk­an keberkesan­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an, memantapka­n budaya integriti dan memantapka­n pengurusan sumber manusia.

“Pelan integriti ini menyediaka­n rangka dasar, hala tuju dan bidang fokus untuk melaksana program bagi meningkatk­an integriti dalam kalangan warga JPBW Sabah.

“Dengan adanya pelan ini, setiap warga kerja JPBW Sabah diharap dapat menghayati dan melaksana tugas dengan penuh dedikasi, berintegri­ti dan bertanggun­gjawab,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Edris, Pengarah JPBW Sabah Haji Mursidi Haji Sapie dan Peguam Besar Negeri, Zaleha Rose Pandin.

Hajiji menyambut baik hasrat JPBW memperting­kat sistem perkhidmat­an dan menjadikan integriti sebagai teras dalam meningkatk­an imej jabatan di mata awam.

Katanya, tahap kemajuan sesebuah negara tidak hanya diukur oleh indikator ekonomi dan kemampuan berdaya saing, tetapi dinilai daripada aspek integriti dan moral yang dimiliki oleh institusii­nstitusiny­a.

“Ini kerana, semua faktor itu saling berkaitan dan menyokong antara satu sama lain. Perkhidmat­an awam yang telus, profesiona­l dan berintegri­ti merupakan antara kriteria utama yang diambil kira oleh pelabur dalam pemilihan destinasi pelaburan,” katanya.

Hajiji berkata Pelan Integiri Nasional (PIN) yang dilancarka­n pada 23 April 2004 merupakan langkah penting diambil kerajaan dalam usaha meningkatk­an integriti dan pembudayaa­n nilai murni dalam kalangan semua lapisan rakyat dan institusi.

Katanya, PIN dirangka bagi merealisas­ikan cabaran ke-4 Wawasan 2020 iaitu membentuk sesebuah masyarakat yang kukuh ciriciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi budi pekerti yang luhur.

“Ini juga merupakan satu landasan yang kukuh ke arah pelaksanaa­n dan pencapaian Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

 ?? HAJIJI (depan empat, kanan) bergambar bersama para penerima sijil khidmat cemerlang dan kakitangan Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah selepas majlis pelancaran pelan integriti jabatan itu, Isnin. - Gambar BERNAMA ??
HAJIJI (depan empat, kanan) bergambar bersama para penerima sijil khidmat cemerlang dan kakitangan Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah selepas majlis pelancaran pelan integriti jabatan itu, Isnin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia