Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa curi lori, berdepan penjara sehingga tujuh tahun

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berhadapan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencuri sebuah lori.

Franco Anthony, 58, dituduh mencuri lori berkenaan milik seorang lelaki berusia 60 tahun, pada 15 September jam 4 petang di Kampung Gagana, Penampang.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, penjara antara setahun hingga tujuh tahun atau dengan denda.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 25 Oktober untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Sementara menunggu kes terbabit selesai, tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM4,300 dicagarkan dua penjamin tempatan yang mempunyai alamat dan pekerjaan tetap.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan dibebaskan tanpa dilepaskan oleh mahkamah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya.

Keputusan itu dilakukan terhadap Chong Sui Fatt@Peter Chong, selepas mahkamah dimaklumka­n pengadu iaitu isteri tertuduh sudah membuat laporan polis menarik balik kes berkenaan.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, mengugut mangsa yang berusia 37 tahun, pada 5 Jun jam 2.30 pagi di Country Height Apartment, Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pengadu yang hadir di mahkamah memberitah­u sudah membuat laporan polis untuk menarik balik kes terbabit.

Beliau menyatakan tiada paksaan terlibat kerana mereka mempunyai dua anak dan suaminya perlu menjaga ibunya yang tua.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin mengesahka­n perkara terbabit dan memohon satu tarikh baharu sementara menunggu arahan dari pejabat pendakwaan.

Dalam pada itu, Cindy memerintah­kan ikat jamin sebanyak RM1,300 dikembalik­an kepada tertuduh.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia