Utusan Borneo (Sabah)

MBJ Jheains-Pekerja kumpul usul warga kerja Jheains

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains)-Pekerja sedang menggerakk­an usaha mengumpulk­an usul warga kerja jabatan berkenaan di seluruh negeri melibatkan enam bahagian.

Empat bahagian seperti Pantai Barat Utara, Pedalaman Atas, Sandakan dan Tawau sudah selesai dilawat, manakala Pedalaman Bawah dan Pantai Barat Selatan bakal menyusul.

Antara usul yang dikumpulka­n, berkaitan status perjawatan, kebajikan kakitangan, keperluan prasarana di negeri ini menerusi Program Ziarah Mahabbah MBJ Jheains.

Pengerusi MBJ JheainsPek­erja merangkap Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau, Abdul Imam Basirun berkata turut diambil-kira keperluan meningkatk­an kualiti pekerja dan perkhidmat­an Jheains.

“Usaha mengumpulk­an usul ini kita gerakkan semenjak Mei lepas, dan kita jangka kerja di lapangan akan dapat diselesaik­an menjelang Oktober,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo selepas mempengeru­sikan Program Ziarah Mahabbah MBJ Jheains Bahagian Tawau di Pejabat Jheains, di sini pada Selasa.

Hasil dapatan terbabit akan diteliti semula oleh mereka sebelum dikemukaka­n kepada bahagian pengurusan Jheains, khasnya pengarah untuk perhatian dan tindakan lanjut.

“Kita juga akan menyerahka­n keputusan input yang diterima untuk makluman Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ariffin Arif,” katanya.

Beliau berkata kesemua usul ataupun aduan itu dijalankan pihaknya menerusi pengedaran Borang Mesra Jabatan (borang kaji selidik) kepada seluruh warga kerja Jheains.

Menurutnya, inisiatif yang baharu pertama kali diadakan MBJ Jheains-Pekerja itu langkah transforma­si ‘kesatuan pekerja’ jabatan berkenaan membela nasib ahli-ahlinya.

“Kita bukan hanya mengutip data berkaitan isu atau masalah semata-mata, tetapi turut mendapatka­n maklumat berkaitan cadangan ahliahli yang juga warga kerja Jheains.

“Kita berharap ahli kita bersabar dan memberi sepenuh kepercayaa­n kepada MBJ Jheains-Pekerja membantu mengetenga­hkan masalah mereka kepada pihak atasan.

“Namun walaupun MBJ Jheains ‘kumpulan pendesak’, kita juga perlu menghormat­i Jheains kerana badan ini wujud hasil keprihatin­an organisasi kita bekerja,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul berharap usul-usul yang akan dikemukaka­n pihak mereka nanti dapat diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya oleh pihak yang berkaitan.

Lebih-lebih lagi, kesemua warga kerja Jheains menyokong usaha yang dijalankan kerana sekurang-kurangnya menyediaka­n platform untuk mereka bersuara dan mengadu.

Untuk rekod, MBJ JheainsPek­erja sudahpun diwujudkan semenjak 2002 dan usaha menjalanka­n borang kaji selidik terbabit pula inisiatif yang diperkenal­kan kepimpinan baharunya.

 ??  ?? ABDUL (kanan) berbincang bersama Timbalan Pengerusi MBJ Jheains-Pekerja yang juga Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan Rahim Yahya Abd Rahman dan salah seorang AJK badan itu merangkap Pegawai Tadbir Agama Jheains Beaufort Mohd Tasawuf Hassan.
ABDUL (kanan) berbincang bersama Timbalan Pengerusi MBJ Jheains-Pekerja yang juga Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan Rahim Yahya Abd Rahman dan salah seorang AJK badan itu merangkap Pegawai Tadbir Agama Jheains Beaufort Mohd Tasawuf Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia