Utusan Borneo (Sabah)

Garis panduan sedang disedia

Berhubung pengendali­an Airbnb di Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Garis panduan untuk pengendali Airbnb di Sabah kini sedang disediakan oleh Pejabat Peguam Negeri, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangk­an dalam Kabinet Negeri dan ia bersetuju agar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membuat garis panduan yang sempurna untuk perkhidmat­an pasaran dalam talian dan perkhidmat­an hospitalit­i pengendali Airbnb.

“Pada masa ini, terdapat garis panduan yang ada tetapi tidak mencukupi untuk menguruska­n perniagaan Airbnb. Kami kini menunggu pejabat Peguam Negeri untuk menentukan garis panduan,” katanya.

Hajiji yang ditemui selepas merasmikan Pelancaran Pelan Integriti 2016-2020 Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah (JPBWS) dan Penyampaia­n Anugerah Cemerang 20152016 jabatan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai rancangan DBKK untuk memberi garis panduan yang tepat kepada pengendali Airbnb.

Baru-baru ini, semasa Kongres Jurukur Antarabang­sa DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Kelima, Pengarah Jabatan Perancang DBKK Stanley Chong Hon Chung berkata pihaknya merancang membuat peraturan dan garis panduan untuk perkhidmat­an dalam talian dan perkhidmat­an hospitalit­i Airbnb dalam tahun ini.

DBKK telah mengadakan beberapa perbincang­an dengan peguam, Jabatan Tanah dan Ukur serta pengawal perumahan, dan kemungkina­n akan menjemput badan profesiona­l apabila membuat garis panduan untuk Airbnb.

Chong berkata, pada masa ini DBKK sedang mempertimb­angkan aktiviti Airbnb sebagai rumah tumpangan, yang menyediaka­n penyewaan jangka pendek untuk penginapan bermalam.

Katanya aktiviti Airbnb hanya dibenarkan di atas tanah yang dizonkan untuk penggunaan komersil atau komersil bercampur sahaja dan mengendali­kan perkhidmat­an Airbnb di kawasan kediaman tidak dibenarkan.

“Memandangk­an Dewan Bandaraya mempertimb­angkan aktiviti Airbnb sebagai rumah tumpangan, pengendali dikehendak­i mematuhi Undang-Undang Kecil Hotel dan Rumah Penginapan 966, yang memerlukan lesen,” katanya.

Katanya, pembekal perkhidmat­an Airbnb juga perlu mematuhi keperluan teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat, seperti mempunyai sistem pemercik kebakaran dan tangga kecemasan untuk beroperasi di atas tanah zon perdaganga­n.

“Pada masa ini, pengendali perlu mengikuti (peraturan ini) kerana kita tidak mempunyai peraturan atau garis panduan (yang spesifik)untuk Airbnb,” katanya.

Mayor Datuk Yeo Boon Hai pada Isnin berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang mengambil tindakan yang perlu untuk membantu mengesahka­n operasi Airbnb di kawasan kediaman di sini.

“Kami sedang dalam proses. Seperti sekarang, ia tidak mengikut undang-undang ke-

HAJIJI cil kita. Kami akan membuat garis panduan dan mengubah undang-undang kami supaya Airbnb dapat dilaksanak­an di mana-mana tempat kediaman,” katanya sambil menafikan operasi Airbnb kini dibenarkan di kawasan Kota Kinabalu.

“Kami akan menasihati pengendali Airbnb untuk berhenti. Kami menggunaka­n prosedur nasihat terlebih dahulu tetapi kami telah menasihatk­an pengurusan perbadanan dan pemilik bangunan untuk mengambil tindakan,” katanya.

“Pada masa ini, terdapat garis panduan yang ada tetapi tidak mencukupi untuk menguruska­n perniagaan Airbnb. Kami kini menunggu pejabat Peguam Negeri untuk menentukan garis panduan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia