Utusan Borneo (Sabah)

Kepolisan moden penting tangani jenayah antarabang­sa: Ahmad Zahid

-

BEIJING: Pelaksanaa­n kepolisan moden amat penting bagi Malaysia untuk memastikan kerjasama antara negara anggota INTERPOL dalam memerangi segala bentuk jenayah antarabang­sa dengan lebih berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata perlakuan jenayah antarabang­sa kini semakin kompleks seperti jenayah siber, keganasan dan jenayah rentas sempadan, yang didapati kegiatan tersebut saling berkaitan.

Katanya penguasaan teknologi adalah penting untuk membolehka­n polis berada di hadapan dalam memerangi jenayah antarbangs­a.

“Biometrik cap jari adalah bahan bukti utama bagi memastikan setiap pesalah berkenaan dapat dijejaki segera. Sistem pengenalpa­stian wajah perlu kerjasama dengan negaranega­ra INTERPOL,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Ke86 INTERPOL di Pusat Konvensyen Antarabang­sa China, di sini, pada Isnin.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata usaha mewujudkan keamanan antarabang­sa perlukan program jangka panjang seperti perkongsia­n maklumat rekod dan data antara negara anggota INTERPOL.

“Kita berpuas hati dengan kerjasama erat (Polis Diraja Malaysia) PDRM dan INTERPOL, keberhasil­an jejak penjenayah dari luar negara atau penjenayah Malaysia di luar negara dijejaki dengan segera dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata peranan INTERPOL semakin penting kerana perkongsia­n data dengan PDRM adalah secara masa sebenar seperti kes kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (SLTD), cap jari, senjata api, kenderaan curi dan senarai orang dikehendak­i.

Mengenai SLTD, Ahmad Zahid berkata berdasarka­n pangkalan data ibu pejabat INTERPOL di Perancis, daripada 76 juta pasport hilang seluruh dunia, 192,402 adalah pasport Malaysia.

Beliau berkata pasport Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia kerana ciri keselamata­nnya dan diterima oleh lebih 150 buah negara tanpa perlu visa.

Muhamad Fuzi berkata untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 52,459 rakyat Malaysia kehilangan pasport mereka dan direkodkan dalam pangkalan data INTERPOL.

“Kita memandang serius perkara ini kerana kemungkina­n pasport Malaysia dicuri atau dicari oleh sindiket untuk mendapat pasport kita,” katanya sambil menambah di pasaran gelap harga satu pasport Malaysia adalah antara RM100,000 hingga RM250,000. Bernama

 ??  ?? AHMAD Zahid Hamidi (dua, kanan) disambut mesra oleh Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undangunda­ng Parti Komunis China Meng Jianzhu (kanan) semasa mengadakan pertemuan di pejabat setiausaha tersebut pada Selasa. -Gambar Bernama
AHMAD Zahid Hamidi (dua, kanan) disambut mesra oleh Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undangunda­ng Parti Komunis China Meng Jianzhu (kanan) semasa mengadakan pertemuan di pejabat setiausaha tersebut pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia