Utusan Borneo (Sabah)

Dadah disembunyi dalam plastik keropok

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Taktik seorang lelaki warga Filipina menyembuny­ikan dadah jenis syabu dalam plastik keropok akhirnya membawa padah.

Suspek yang cuba melarikan diri ketika ditahan polis didapati menyembuny­ikan dadah jenis syabu seberat 50.51 gram.

Ketua Polis Daerah Kota K ina balu Asisten K o mi s ion e r M.Chandra berkata, tangkapan berkenaan dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) kira-kira jam 7.45 malam Ahad.

Katanya, suspek yang berumur 21 tahun itu ditahan di tepi jalan Kampung Cenderamat­a Likas, di sini.

“Hasil pemeriksaa­n fizikal ke atas suspek, polis menjumpai satu bungkusan keropok bertulis ‘Fresh & Crispy Coco Delight’ dalam genggaman tangan kanan suspek.

“Polis mendapati di dalam bungkusan terbabit, satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah syabu.

“Dadah berkenaan dianggarka­n bernilai RM5,000 dan kini suspek direman sehingga 1 Oktober 2017 mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, hasil ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah.

Chandra berkata, dadah adalah masalah utama negara dan ia perlu dibanteras dari peringkat awal.

Pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada masyarakat setempat yang sentiasa bersama-sama polis dengan menyalurka­n maklumat berkaitan dadah khususnya di daerah ini.

 ??  ?? PLASTIK keropok yang mengandung­i dadah jenis syabu dirampas daripada suspek.
PLASTIK keropok yang mengandung­i dadah jenis syabu dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia