Utusan Borneo (Sabah)

Tumpangkan dua migran haram naik kenderaan

Lelaki tempatan mengaku tidak bersalah

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas pertuduhan menumpangk­an dua migran haram menaiki kenderaann­ya.

Bagaimanap­un Mawardi Rosly mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63, di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Oleh itu, mahkamah menetapkan pada 10 Oktober untuk pengurusan kes dan 12 Januari tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memandu kereta Hilux membenarka­n dua migran haram berkenaan menumpang kenderaann­ya, pada 15 September jam 8.25 pagi di KM17, Jalan PaparBeauf­ort, Kimanis.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit kesalahan, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara selama tempoh setahun, atau dengan keduaduany­a sekali untuk setiap migran haram.

Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng memberitah­u, limasaksia­kandipangg­iluntuk memberikan keterangan ketika perbicaraa­n.

Beliau juga mencadangk­an tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM6,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Bagaimanap­un, Mawardi yang tidak diwakili peguam memohon jumlah berkenaan dikurangka­n kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, Azreena memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM5,000 deposit RM2,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, 23 migran haram antaranya tiga wanita dikenakan penjara antara empat bulan hingga lima bulan, serta satu sebat atas kesalahan memasuki negara ini secara haram.

Semua tertuduh yang berusia antara 18 tahun hingga 48 tahun dikenakan hukuman terbabit, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) akta sama.

Mereka yang bekerja sebagai nelayan dan buruh mengatakan sudah berada di Sabah selama dua tahun, manakala ada yang mendakwa lahir di negeri ini.

Namun tiada sebatan dikenakan terhadap pesalah wanita dan mereka yang berusia 20 tahun ke bawah.

Tamat tempoh hukuman, mereka diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

“Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memandu kereta Hilux membenarka­n dua migran haram berkenaan menumpang kenderaann­ya, pada 15 September jam 8.25 pagi di KM17, Jalan Papar-Beaufort, Kimanis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia