Utusan Borneo (Sabah)

Lapan lagi premis diiktiraf bersih

Terima penarafan lima bintang daripada DBKK

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan pusat belibelah, restoran dan kedai kopi sekitar Bandaraya Kota Kinabalu menerima penarafan lima bintang tandas bersih daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata penganuger­ahan penarafan lima bintang tandas bersih berkenaan adalah bersempena Hari Kesihatan Persekitar­an Sedunia yang disambut pada 26 September setiap tahun.

“Dalam pada itu, DBKK melaksanak­an Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an dan Penarafan Bintang Tandas Bersih kepada pusat beli-belah, restoran dan kedai kopi yang berada dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Ia bertujuan mengenal pasti, memberikan insentif dan galakan kepada pemilik tandas bersih pusat beli-belah, restoran dan kedai kopi agar komited untuk membersihk­an tandas mereka.

“Ini adalah satu cara bagaimana menanam budaya tandas bersih dalam diri bukan sahaja pemilik premis tetapi sebagai contoh kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an dan Penarafan Bintang Bersih di sini pada Selasa.

Yeo berkata penilaian pertanding­an itu dilaksanak­an dengan menggunaka­n borang pengaudita­n dan penarafan bintang tandas Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Jelasnya penilaian berkenaan dijalankan sebanyak dua kali pada Jun dan Julai oleh 14 panel penilai.

Dalam pada itu, sebanyak 17 pusat beli-belah serta 1,100 restoran dan kedai kopi yang bersaing dalam pertanding­an itu.

“Sebanyak 18 premis berjaya ke peringkat akhir dan enam premis telah dinilai sebagai pemenang,” katanya.

Bagi kategori pusat belibelah, johan dimenangi oleh Suria Sabah untuk menerima wang tunai bernilai RM2,000.

Naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Oceanus Waterfront serta Imago yang masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,500 dan RM1,000.

Johan kategori restoran dan kedai kopi pula ialah Restoran BTC Luyang dan Inanam dengan hadiah wang tunai RM2,000 serta RM1,500.

Tempat ketiga dimenangi oleh Restoran Upperstar Chicken dan Steak Manggatal dengan hadiah wang tunai RM1,000.

Keenam-enam pemenang tandas bersih berkenaan turut membawa pulang sijil, plak dan menerima penarafan lima bintang.

Selain daripada keenamenam premis yang mendapat penarafan lima bintang, dua pemenang saguhati turut menerimape­narafanber­kenaan iaitu Vino Vino Bistro dan restoran Seremban Seafood Segama.

Pemilihan pemenang adalah berdasarka­n hasil usaha peserta pertanding­an yang menunjukka­n prestasi kebersihan tandas dengan begitu cemerlang untuk kegunaan orang awam.

Sementara itu, Geneveive Ivy Pantalion menerima anugerah Pengurus Zon Terbaik 2017 yang mana dalam pertanding­an itu turut mengenal pasti penerima hadiah khas, atas usaha individu mewujudkan tandas premis paling bersih dan selesa digunakan oleh orang awam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) DBKK Bahari Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Kewangan) DBKK Kenny Chan, Timbalan Presiden Persatuan Kedai Kopi dan Restoran Pantai Barat Sabah John Lai serta Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Muslim Sabah Nasir Yusof.

 ??  ?? YEO (belakang enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Pertanding­an dan Penarafan Bintang Tandas Bersih.
YEO (belakang enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Pertanding­an dan Penarafan Bintang Tandas Bersih.
 ??  ?? YEO (dua kiri) menyampaik­an anugerah Pengurus Zon Terbaik 2017 kepada Geneveive (kiri).
YEO (dua kiri) menyampaik­an anugerah Pengurus Zon Terbaik 2017 kepada Geneveive (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia