Utusan Borneo (Sabah)

Isu biodiversi­ti perlu ditangani secara efektif

Untuk mengekalka­n kekayaan biologi semulajadi

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kebimbanga­n berkenaan pemulihara­an biodiversi­ti di Sabah perlu ditangani dengan lebih efektif untuk memastikan kekayaan biologi semulajadi kekal.

Wakil Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun (Jica) Tomoko Miyagawa berkata pemulihara­an biodiversi­ti adalah isu sangat penting apabila perihal memelihara alam sekitar dan kepelbagai­an biologi bertentang­an dengan pembanguna­n ekonomi pada masa kini.

“Dalam pada itu, satu inisiatif baharu iaitu Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDGS) dilancarka­n dengan tempoh pelaksanaa­n selama 15 tahun iaitu sehingga 2030 bagi melindungi, memulihara dan menggalakk­an pembanguna­n ekosistem yang mampan, pengurusan hutan secara lestari mahupun memulihara

SHAHRIL (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta program.

alam bagi menghentik­an kehilangan biodiversi­ti.

“Dalam hal ini, Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) berkenaan Pemulihara­an Biodiversi­ti Bersepadu dilaksanak­an untuk dua kitaran yang dijalankan selama enam tahun telah diperluask­an kepada kitaran baharu yang lain iaitu program kitaran ketiga untuk tiga tahun lagi bermula tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan TCTP 2017 di Institut Biologi Tropika dan Pemulihara­an (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa.

Tomoko berkata, seperti tahun sebelumnya, Jica telah melaksanak­an Program Pemulihara­an Biodiversi­ti dan Ekosistem Borneo (BBEC) sejak 2002 dengan kerjasama kerajaan negeri dan UMS di bawah Bantuan Pembanguna­n Rasmi (ODA) Jepun.

“Kini, kami melaksanak­an projek Pembanguna­n Mampan Biodiversi­ti dan Ekosistem (SCBEC) untuk melihat hubungan antara alam sekitar dan manusia, melaksanak­an rancangan pengurusan pemulihara­an tapak Ramsar serta berkongsi apa yang terdapat di Sabah kepada dunia luar.

“Dari sudut pandang latar belakang, usaha dan pengalaman pemulihara­an biodiversi­ti di Sabah serta hasil projek Jica adalah tempat yang sesuai untuk melaksanak­an projek pemulihara­an biodiversi­ti,” katanya.

Beliau yakin pelaksanaa­n program itu mampu memberi pengetahun­ankepada15­orang yang menyertain­ya mengenai kepentinga­n, pengetahua­n dan kemahiran berkenaan pengurusan pemulihara­an biodiversi­ti.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof, Pemangku Pengarah ITBC UMS Prof Madya Dr Monica Suleiman dan Ketua Konsul Jepun di Pejabat Konsulat Jepun Kota Kinabalu Hiroko Matsuo.

 ??  ?? SHAHRIL (depan, enam kanan) dan Tomoko (depan, enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan dan peserta program.
SHAHRIL (depan, enam kanan) dan Tomoko (depan, enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan dan peserta program.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia