Utusan Borneo (Sabah)

Sirhajwan harum nama negara

Juarai Anugerah Kecemerlan­gan Guru

-

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, kecemerlan­gan Mohd Sirhajwan Idek, 29, bukan sahaja mengharumk­an nama Malaysia di persada dunia malah akan menjadi sumber inspirasi kepada orang muda di negara ini.

Menurut beliau, jika seseorang itu berusaha gigih dalam bidang yang diminatiny­a, pasti impiannya itu akan menjadi kenyataan seperti yang telah ditunjukka­n oleh Sirhajwan.

“Syabas dan tahniah kepada Sirhajwan yang telah mengharumk­an nama Malaysia dan juga tidak lupa kepada kedua ibu bapanya Haji Idek Haji Asal dan Hajah Bintek Haji Abdul Rahman kerana merekalah yang berkomitme­n menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak dalam semua perkara,”katanya.

Musbah yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika bersama ibu bapa dan keluarga Sirhajwan menyambut ketibaan guru itu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Paris pada Isnin.

Guru Kolej Vokasional Keningau itu telah mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlan­gan Guru dalam bidang Keusahawan­an dan Inovasi Antarabang­sa sempena Persidanga­n Keusahawan­an dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris pada Sabtu.

Pendidik anak watan Kota Belud itu telah menewaskan 10 pesaing pada akhir, iaitu Dmitry Shaytan dari Russia di tempat kedua manakala, tempat ketiga dikongsi bersama Cindy Gilbert dari Amerika Syarikat (AS) dan David Gibson dari United Kingdom (UK).

Selain Sirhajwan yang juga wakil tunggal Asia dalam senarai 10 finalis, guru lain adalah dari AS, UK, Russia, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia. Masing-masing membentang­kan kajian semalam dan kelmarin.

Anugerah berkenaan menilai 29 penyertaan terbaik dari seluruh dunia sebelum 15 diundang menghantar penyertaan penuh bagi memilih 10 terbaik.

Program bertaraf antarabang­sa itu adalah anjuran Academic Conference­s and Publishing Internatio­nal Limited (ACPI), organisasi berpangkal­an di London yang mengendali­kan perhimpuna­n penyelidik akademik antarabang­sa, dan menggalakk­an penyelidik­an akademik cemerlang melalui penerbitan.

Menurut Sirhajwan, inovasi dihasilkan­nya adalah projek berasaskan pembelajar­an untuk menggalakk­an pelajar menceburi inovasi dan keusahawan­an.

Kejayaanit­umelayakka­nnya menerima sijil dan keahlian Internatio­nal Society for Profession­al Innovation Management (ISPIM) selama setahun, sekali gus dapat menyertai program organisasi itu di Melbourne, Australia dan Boston, AS dalam tempoh berkenaan.

Beliau mendedikas­ikan kejayaan itu kepada ayah dan ibunya serta semua ahli keluarga yang memberi dorongan.

“Alhamdulil­lah, kejayaan ini hadir pada 1 Muharram 1439 Hijrah, tahun yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Ia permulaan baik bagi saya untuk berhijrah melakukan lebih baik demi agama, negara dan bangsa saya Sama/Bajau),” katanya.

Ini adalah kejayaan keempat Sirhajwan di peringkat global sepanjang tahun ini dan tahun lalu.

Tiga lagi anugerah diraihnya adalah biasiswa Macmillan English anjuran Macmillan Education Teachers at the Heart di UK pada 2016, biasiswa Internatio­nal Associatio­n of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) kategori Express Publishing 2017 dan antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2017.

“Pendidik anak watan Kota Belud itu telah menewaskan 10 pesaing pada akhir, iaitu Dmitry Shaytan dari Russia di tempat kedua manakala, tempat ketiga dikongsi bersama Cindy Gilbert dari Amerika Syarikat (AS) dan David Gibson dari United Kingdom (UK).

 ??  ?? MUSBAH (kiri) bersama Sirhajwan (kanan) memperliha­tkan sijil Anugerah Kecemerlan­gan Guru di Novancia Business School di Paris.
MUSBAH (kiri) bersama Sirhajwan (kanan) memperliha­tkan sijil Anugerah Kecemerlan­gan Guru di Novancia Business School di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia