Utusan Borneo (Sabah)

Model Perladanga­n Getah Untuk Pribumi beri manafaat 519 pekebun kecil

-

MELAKA:ModelPerla­dangan Getah Untuk Pribumi (GUP) memberi manfaat kepada 519 pekebun kecil getah yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli di Semenanjun­g dan pribumi di Sabah dan Sarawak terutamany­a dalam usaha meningkatk­an tahap sosioekono­mi mereka.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata GUP yang diwujudkan sejak 2012 itu melibatkan pekebun kecil di lapan buah negeri dengan keluasan kebun keseluruha­n 655.4 hektar.

“Mereka (Orang Asli dan pribumi) ini diberi bimbingan khas melalui program ini (GUP) yang bermula 2012 hingga 2021 bila mana kita mengharapk­an (program ini) berjaya hasilkan pekebun kecil yang profesiona­l untuk mendapatka­n hasil getah bermutu tinggi sekali gus dapat meningkatk­an taraf hidup mereka.

Memang banyak usaha kerajaan membantu masyarakat Orang Asli dan pribumi ini, Dalam GUP melalui LGM (Lembaga Getah Malaysia), kerajaan peruntuk RM27.4 juta, kita harapkan program ini menjadi perintis kepada program lain untuk meningkatk­an taraf hidup mereka,” katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Model Perladanga­n Getah Untuk Pribumi di Ayer Keroh di sini anjuran LGM. Sebanyak 15 kertas kerja dibentangk­an bagi meningkatk­an kemahiran kira-kira 100 pekebun kecil getah yang menyertai seminar tersebut.

Turut hadir Pengerusi LGM Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Lapan negeri yang terlibat dengan program GUP itu ialah Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Mengulas perkembang­an program GUP itu, Datu Nasrun berkata tanaman getah di lokasi projek GUP itu pada masa ini telah berumur lima tahun dan berada pada fasa permulaan pokok getah dewasa.

“Pada fasa dewasa, pokok getah ini boleh dibuka toreh oleh pekebun yang terlibat. Pada masa ini pengeluara­n getah peringkat nasional adalah pada 1,410 kilogram setiap hektar untuk tempoh setahun.

Dengan adanya pelbagai program termasuk GUP ini, kita harap dapat tingkatkan pengeluara­n kepada 1,800 kilogram setiap hektar setahun menjelang tahun 2020,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia