Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai polis Malaysia akan beri keterangan dalam perbicaraa­n di Thailand

-

BANGKOK:Seorangpeg­awai polis Malaysia akan memberi keterangan di Mahkamah Jenayah Bangkok tahun depan dalam perbicaraa­n melibatkan warga Laos Xaysana Keopimpha yang digelar ‘Raja Dadah ASEAN’ oleh media tempatan, dan dua rakan subahatnya.

Pegawai itu dijadualka­n memberi testimoni dalam perbicaraa­n yang ditetapkan pada 31 Julai, 1 hingga 3 Ogos, dan 7 hingga 10 Ogos tahun depan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarka­n oleh mahkamah.

“Pegawai polis Malaysia itu akan memberi keterangan sebagai saksi plaintif memandangk­an seorang daripada suspek yang ditahan di Malaysia didakwa mendapatka­n bekalan dadah daripada seorang lagi pengedar dadah warga Laos yang disyaki mempunyai kaitan dengan Xaysana,” demikian menurut kenyataan itu tanpa menamakan pegawai polis terbabit.

Suspek yang dikenali dalam kalangan pasukan penguat kuasa dadah Thai sebagai ‘Sinudeng Ma’ atau ‘Kamaruddin’ ditahan oleh polis Malaysia di Kelantan pada Februari lalu kerana disyaki menyeludup masuk sejumlah besar pil kuda (metafetami­na) ke dalam negara itu.

Penahanann­ya diumumkan olehPengar­ahJabatanS­iasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datruk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menerusi satu kenyataan.

Menurut polis Thai, suspek turut memiliki dwikerakya­tan – Thailand-Malaysia.

Sementara itu, Ketua Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik Thailand Lt. Jen. Sommai Kongvisais­uk memberitah­u Bernama amat jarang bagi sesebuah mahkamah Thailand memanggil saksi dari negara asing untuk memberi keterangan dalam satu-satu perbicaraa­n.

Bagaimanap­un ini menunjukka­n kerjasama yang baik antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia dalam menangani penyeludup­an dadah.

“Ini menunjukka­n keduadua negara mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik,” katanya.

Xaysana ditangkap oleh sekumpulan pasukan polis Thai di Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi pada 20 Jan lalu, selepas lebih lima tahun siasatan dijalankan terhadap rangkaian penyeludup­an dadah Asia Tenggara yang disyaki didalangi oleh lelaki ini. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia