Utusan Borneo (Sabah)

Tanam semangat patriotik dalam murid

Program Riang Ria Merdeka 2017 SK Mawar

- Oleh YUSOP TEPPO menyampaik­an cendera kenangan kepada

SANDAKAN: Murid-murid perlu menanamkan semangat patriotik dalam diri bagi membina jati diri sebagai benteng kuat menghadapi penjajahan minda ataupun terlibat perkara yang negatif.

Ketua Wanita Umno Batu Sapi Rahimah Hj Asrah berkata penghayata­n semangat kemerdekaa­n perlu bermula dari usia awal lagi khususnya di peringkat prasekolah dan rendah.

Beliau berkata generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentinga­n semangat patriotism­e.

“Dengan adanya program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotism­e seperti sambutan Bulan Kemerdekaa­n, ia pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda.

“Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotism­e tidak akan mudah melibatkan diri dalam perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Riang Ria Merdeka 2017 anjuran Unit Kokurikulu­m Sekolah Kebangsaan (SK) Mawar.

Dalam persekitar­an sekolah pula, Rahimah berkata memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum adalah sangat penting.

Ia kerana, perkara itu dapat membantu menyuburka­n semangat perpaduan kaum dan membolehka­n mereka berinterak­si dengan sesama.

“Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikber­atkan aspek

SALLEHAN Rahimah.

“Dengan adanya program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotism­e seperti sambutan Bulan Kemerdekaa­n, ia pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotism­e tidak akan mudah melibatkan diri dalam perkara negatif ” seperti gejala sosial dan vandalisme.

pendidikan yang harmoni. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek.

“Selain itu, semangat perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar,” katanya.

Jelasnya perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulu­m. Justeru, aktiviti kokurikulu­m yang dilaksanak­an seperti sukan, kelab dan persatuan serta ceramah haruslah dipergiat dan dipertingk­atkan.

Tambahnya para pelajar juga harus dilibatkan dalam aktiviti di luar sistem akademik pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform.

Sehubungan itu, Rahimah berkata semua pihak haruslah

pertanding­an Fesyen Merdeka Prasekolah bergambar bersama guru besar dan guru-guru SK Mawar.

berganding bahu dalam memperting­katkan lagi nilai-nilai perpaduan serta mewujudkan masyarakat yang cinta kepada negara dan saling berkerjasa­ma antara satu sama lain ibarat ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.

Sementara itu, Guru Besar SK Mawar Mohd Sallehan Mokhtar menyeru agar semua pelajar menghargai keamanan dan kedamaian negara dengan bekerjasam­a dan bertoleran­si antara satu sama lain.

“Umpamanya, kita haruslah bercakap sesuatu yang mendorong mahupun membina ke arah permuafaka­tan satu Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa,” katanya.

Menurutnya Program Riang Ria Merdeka 2017 itu adalah aktiviti tahunan yang diadakan di sekolah berkenaan di mana, program kemerdekaa­n juga adalah salah satu daripada pengisian dalam aktiviti kokurikulu­m sekolah.

Justeru, beliau berharap melalui program itu, dapat menyemai perasaan mencintai dan membanggak­an tanahair dalam kalangan murid, warga sekolah dan masyarakat setempat.

“Ia juga mengingatk­an kembali nostalgia sejarah kemerdekaa­n negara pada tarikh 31 Ogos 1957 yang akan dapat menanam semangat patriotik dalam kalangan anak murid di peringkat rendah dan berkesinam­bungan sehingga mereka dewasa kelak.

“Sesungguhn­ya, melalui program ini juga muridmuird akan dapat menghargai dan menyanjung tinggi jasa, pengorbana­n dan sumbangan para pahlawan dan tokoh kemerdekaa­n negara,” katanya.

Selain menanamkan rasa bersyukur dalam diri muridmurid kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman, bebas dan merdeka, Sallehan berkata melalui program itu juga dapat mencungkil bakat murid-murid dan warga setempat dalam bidang seni lukis, nyanyian dan ketrampila­n.

Pelbagai program pengisian diadakan pada program berkenaan antaranya pertanding­an Fesyen Merdeka Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2, pertanding­an Nyanyian Lagu-lagu Patriotik dan persembaha­n laungan kemerdekaa­n (murid Tahun 6).

 ??  ?? PEMENANG
PEMENANG
 ??  ??
 ??  ?? PARA pemenang kawad kaki bergambar bersama Sallehan.
PARA pemenang kawad kaki bergambar bersama Sallehan.
 ??  ?? RAHIMAH bersama Sallehan dan guru-guru memotong kek sebagai tanda perasmian.
RAHIMAH bersama Sallehan dan guru-guru memotong kek sebagai tanda perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia