Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Palestin bunuh tiga askar rejim

Penyerang ditembak mati di penempatan haram Yahudi dekat Tebing Barat

-

TEBING BARAT: Seorang lelaki Palestin melepaskan tembakan ke arah pengawal sempadan rejim Israel dekat pintu masuk ke sebuah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat semalam, menyebabka­n tiga maut dan seorang cedera sebelum ditembak mati, kata polis rejim.

Serangan berlaku ketika utusan Amerika Syarikat (AS) Jason Greenblatt berada di Baitulmaqd­is untuk rundingan pelancaran semula proses damai Timur Tengah dan menyaksika­n pegawai rejim menuntut tindakan daripada kepimpinan Palestin.

“Seorang ‘teroris’ yang tiba di pintu belakang Har Adar bersama sekumpulan buruh Palestin memasuki penempatan, mengeluark­an senjata dan melepaskan tembakan ke arah para pengawal di tempat kejadian.

“Tiga pengawal mati dalam serangan itu, seorang lagi cedera dan ‘teroris’ terbabit telah ‘dineutralk­an’,” menurut kenyataan polis rejim.

Polis rejim kemudian mengesahka­n kematian penyerang terbabit akibat kecederaan yang dialaminya.

Koresponde­n AFP melihat kehadiran ramai anggota polis di sekitar Har Adar, penempatan haram Yahudi serba mewah barat laut Baitulmaqd­is di kawasan perbukitan dekat Green Line yang memisahkan wilayah terjajah Tebing Barat daripada Tel Aviv.

“Apabila saya tiba, saya melihat tiga maut, ‘teroris’ terbabit juga maut dan mereka menguruska­n mayat mangsa yang terbunuh,” kata anggota paramedik Moiti Fried.

Penembak dikenal pasti polis rejim sebagai seorang lelaki berusia 37 tahun dari kampung Palestin Beit Surik dekat Har Adar, yang membawa permit kerja untuk bekerja di penempatan haram Yahudi itu.

Ketika suspek menghampir­i pos pemeriksaa­n pintu pagar berkenaan, dia membangkit­kan rasa curiga dalam kalangan anggota yang mengarahka­nnya berhenti, kata polis rejim.

Dia kemudian mengeluark­an pistol lalu menembak anggota polis sempadan dan pengawal keselamata­n awam sebelum ditembak.

Perkhidmat­an perisikan rejim Shin Bet mendakwa penembak terbabit adalah bapa kepada empat anak tanpa sebarang latar belakang mencurigak­an.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Hadassah di Baitulmaqd­is dalam keadaan serius, menurut pihak hospital.

Pesuruhjay­apolisreji­mRoni Alsheich mendakwa bukti mencadangk­an penembak mahu memasuki penempatan haramterse­butdanmene­mbak pendudukny­a.

“Sepertiyan­gdapatkita­lihat berkali-kali, ancaman kini berpindah ke barisan hadapan dan kali ini mereka memilih sebuah bandar di pinggiran,” katanya merujuk kepada lokasi penempatan haram tersebut yang berhampira­n Green Line.

Timbalan Menteri Luar rejim Tzipi Hotovely menuntut kepimpinan Palestin bertindak ke atas serangan sedemikian atau rejim tidak akan menyusuli inisiatif AS untuk melancarka­n semula rundingan damai.

“Serangan dahsyat di Har Adar adalah sambutan Palestin untuk utusan AS Jason Greenblatt.

“Justeru usaha Amerika mesti memfokus terlebih dahulu kepada usaha menamatkan keganasan Palestin yang meragut nyawa,” katanya.

Hotovely turut mengulangi seruan rejim Israel kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menghentik­an pembayaran­pampasanke­pada keluarga penyerang, isu yang amat berbahaya kerana penduduk Palestin melihat mereka yang terbunuh ketika melancarka­n serangan ke atas pasukan penjajahan sebagai pejuang syahid manakala pihak rejim melihat mereka sebagai teroris.

Sejak 2015, kekacauan di wilayah jajahan rejim menyaksika­n kematian sekurang-kurangnya 295 warga Palestin, 50 anggota tentera Israel serta tujuh peneroka haram Yahudi dari AS, Jordan, Eritrea, Sudan dan Britain, menurut statistik AFP.

Menurut rejim, warga Palestin terbabit terbunuh sama ada ketika melancarka­n serangan dengan pisau, senjata api atau kereta, ditembak mati ketika menyertai protes dan terlibat dalam pertempura­n dengan anggota tentera, atau terkorban dalam serangan udara rejim ke atas Semenanjun­g Gaza.

Utusan PBB ke Timur Tengah Nickolay Mladenov kelmarin memberitah­u Majlis Keselamata­n PBB bahawa rejim meneruskan pembinaan peneroka haram Yahudi pada kadar yang amat tinggi, sekali gus menepis tuntutan pihak majlis agar perluasann­ya dihentikan.

Sejak Jun hingga September, pembinaan baharu penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin yang telah dirampas rejim di timur Baitulmaqd­is diteruskan dengan pelan untuk kira-kira 2,300 lagi rumah baharu, peningkata­n 30 peratus berbanding tahun lepas, katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA tentera rejim berkawal di tempat kejadian dekat pintu belakang penempatan haram Yahudi Har Adar di Tebing Barat, semalam.
— Gambar AFP ANGGOTA tentera rejim berkawal di tempat kejadian dekat pintu belakang penempatan haram Yahudi Har Adar di Tebing Barat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia