Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Perangkaan selaras kaedah kumpul data semua peringkat

-

SUNGKAI: Jabatan Perangkaan akan menyelaras­kan kaedah pengumpula­n data di semua peringkat bagi memastikan­nya konsisten, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany.

Beliau berkata penyelaras­an semua data berkaitan termasuk penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, statistik jantina penduduk dan pelanconga­n penting untuk digunakan sebagai petunjuk pembanguna­n serta kesejahter­aan negara.

“Data ini amat penting kerana boleh diguna di peringkat antarabang­sa seterusnya meletakkan kita di tempattemp­at tertentu yang akan dapat menarik pelaburan asing dan memberi prestasi kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Parameter Banci Ekonomi 2016 dan Seminar ‘Statistik Pemacu Kemakmuran dan Kesejahter­aan Negeri: Mendepani Cabaran Masa Hadapan’ di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) di sini, kelmarin.

Seminar dua hari bermula kelmarin disertai 200 peserta terdiri daripada pegawai Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri dan wakil dari koridor setiap wilayah.

Beliau berkata penyelaras­an itu juga dapat membantu mengurangk­an jurang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui perbanding­an data yang diberi.

“Kerajaan negeri yang data mereka tidak begitu memberangs­angkan, misalnya kemiskinan, akan dibantu supaya dapat bersaing seterusnya memastikan pembanguna­n negara dan wilayah terlibat,” katanya.

Selain itu Devamany berkata pengumpula­n data yang tepat dan diselaras juga penting bagi mengelak ia dimanipula­si oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Pembangkan­g cenderung guna data palsu dan ini akan memberi tanggapan salah terhadap kerajaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia