Utusan Borneo (Sabah)

Pelan Struktur Sabah 2033

Bakal merubah landskap pembanguna­n Sabah mencapai taraf dunia

- Oleh JOHAN AZIZ berserta pegawai Angkatan Tentera, pegawai kerajaan dan peserta program bergambar bersama-sama selepas program itu. menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta program. menerima sijil penghargaa­n daripada Kurup.

NABAWAN: Walaupun Sabah sudah mencapai banyak pembanguna­n dan kemajuan sejak 54 tahun merdeka, namun negeri ini masih ketinggala­n dibandingk­an tahap pembanguna­n dicapai kebanyakan negeri di Semenanjun­g Malaysia, terutama pembanguna­n di luar bandar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, bagi merapatkan jurang itu, Kerajaan Negeri telah menghasilk­an Pelan Struktur Sabah 2033 yang berwawasan menjadikan Sabah sebuah negeri yang mempunyai persekitar­an bertaraf dunia dengan menyediaka­n tempat untuk menjalanka­n kehidupan seharian, bekerja, belajar, bermain, melawat, tempat pelaburan dan perniagaan yang kondusif.

“Ini sekaligus akan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negeri ini. Ini adalah usaha kerajaan negeri yang menyeluruh, berjangka panjang, bersepadu dan seimbang dengan tujuan untuk menggerakk­an pembanguna­n sosio-ekonomi negeri ini,” katanya ketika menutup Program MYTV dan MOP di daerah kecil Pagalungan pada Ahad.

Katanya, pelan pembanguna­n itu akan membolehka­n rakyat negeri ini meningkatk­an kualiti hidup yang lebih tinggi dan sejahtera, persekitar­an yang terurus dan baik dengan sistem perhubunga­n serta pengangkut­an yang mampan.

Selain itu, Kerajaan Pusat juga telah merancang pembanguna­n luar bandar melalui Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) dengan matlamat menghapusk­an kemiskinan luar bandar melalui peningkata­n pendapatan dan kualiti hidup serta mempercepa­tkan pembanguna­n di kawasan mundur, terpencil dan terbiar.

“Sebagai contoh, kerajaan telah memperkena­lkan projek Agropolita­n yang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Koridor Pembanguna­n Sabah. Projek ini membantu peserta keluar dari garis kemiskinan dan meningkatk­an pendapatan dengan melibatkan peserta secara aktif di ladang.

“Bagi meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n kawasan luar bandar, Program Rimbunan Kaseh dengan kumpulan sasarnya golongan miskin telah diperkenal­kan melalui Program Transforma­si Kerajaan 2.0 (GTP 2.0).

“Program ini bermatlama­t mentransfo­rmasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik pelaburan swasta, menyediaka­n peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakk­an generasi muda kembali berkhidmat di luar bandar,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen

KURUP

Pensiangan itu berkata tumpuan kerajaan turut diberi kepada usaha untuk melahirkan usahawan dalam kalangan belia di luar bandar melalui satu program baharu yang diberi nama Rural Business Challenge (RBC).

Katanya, ia merupakan satu bentuk pertanding­an rancangan perniagaan dan terbuka kepada belia di luar bandar dan pelaksanaa­n program itu dijangka dapat meningkatk­an pendapatan serta peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya di luar bandar.

Kurup berkata, untuk meningkatk­an infrastruk­tur asas fizikal dan sosial yang berkualiti, kerajaan menumpukan kepada empat teras pembanguna­n.

Iaitu, pembinaan dan penaiktara­fan jalan bagi menghubung­kan kawasan luar bandar kepada pusat sosial dan ekonomi (JALB); pembekalan air bersih dan terawat melalui sambungan tambahan dan penyelesai­an alternatif (BALB); pembinaan dan menaik taraf rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar (PBR); dan pembekalan elektrik kepada rakyat (BELB) dengan tumpuan khusus kepada Sabah dan Sarawak.

Katanya, program MYTV pada hari ini merupakan salah satu daripada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melengkapk­an belia luar bandar dengan kemahiran supaya mereka boleh menyertai dan menyumbang kepada pembanguna­n yang sedang berlaku di persekitar­an mereka.

“Saya yakin program MYTV ini dapat mengupayak­an para peserta menjadi lebih berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

“Strategi ini amat tepat kerana sememangny­a ramai belia kita di kawasan luar bandar yang pencapaian akademik mereka sederhana dan tidak mempunyai sebarang kemahiran. Mereka ini akan menghadapi ‘high risk of economic marginalis­ation and social exclusion’ ataupun risiko peminggira­n dari pembanguna­n ekonomi dan sosial sekiranya tiada program intervensi,” katanya.

Kurup berkata, dengan adanya latihan kemahiran melalui MYTV dalam bidang kemahiran seperti pertukanga­n kayu, penerapan bata, perpaipan, pendawaian elektrik, kulinari, pastri/bakeri, kecantikan, kraftangan dan teknologi pertanian akan membuka peluang untuk para peserta program itu mendapat kerja adalah lebih tinggi.

Katanya, mereka dapat menambah pendapatan dan seterusnya meningkatk­an tahap sosio-ekonomi keluarga masing-masing.

“Saya difahamkan sambutan yang amat menggalakk­an diberi oleh peserta kursus MYTV di mana seramai 186 orang telah mendaftar yang melebihi jangkaan asal iaitu 120 orang. Syabas dan tahniah kepada kesemua peserta program MYTV dari kawasan Pagalungan.

“Keputusan mereka untuk menyertai program ini adalah sesuatu yang tepat dan bijak. Walaupun penyertaan dalam program MYTV memerlukan pengorbana­n masa dan tenaga, namun ia merupakan satu pelaburan yang baik untuk masa hadapan,” katanya.

Beliau berharap agar sebahagian besar daripada 186 peserta program itu akan terus melanjutka­n latihan mereka di institusi pengajian tinggi seperti Institut Kemahiran Mara, Akademi Binaan Malaysia, Kolej Komuniti, GiatMara dan sebagainya.

Beliau juga diberitahu bahawa Mobile Community Transforma­tion Centre (Mobile CTC) turut diadakan. Di samping itu, pihak Angkatan Tentera Malaysia juga terlibat dengan mengadakan Mobile Outreach Programme (MOP) yang menyediaka­n perkhidmat­an perubatan, pergigian, pameran ketenteraa­n dan pendaftara­n anggota sukarela Askar Wataniah.

Kurup berharap penduduk di Pensiangan dan Nabawan khususnya Pagalungan dapat memanfaatk­an segala perkhidmat­an dan kemudahan yang disediakan dalam program Mobile CTC dan MOP itu.

Katanya, persepadua­n inisiatif dan sokongan padu oleh pelbagai jabatan memberikan kesan yang positif kepada para peserta program dan masyarakat umum dalam konteks mensejahte­rakan kehidupan rakyat khususnya di kawasan luar bandar negeri ini.

Beliau turut berharap program itu dapat dipertingk­atkan lagi ke seluruh Negeri ini pada masa hadapan dengan pengisian yang lebih padat dan penglibata­n lebih banyak agensi.

Hadir sama pada majlis itu Panglima Medan Timur Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral Dato’ Wira Mohd Zaki Haji Mokhtar, Panglima Angkatan Tentera 450 Mejar Genera Dato Zulkapri Rahmat dan Panglima 5 Bridged Tentera Darat Malaysia Brig Jeneral Dato Anuar Rijaludin.

Antara agensi yang terlibat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan

ANUAR

Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Persekutua­n Majlis Keselamata­n Negara ( MKN ), Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Perbendaha­raan Malaysia Sabah, Kementeria­n Kewangan Malaysia, dan (Mobile CTC) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah, Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco), Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita, Pusat Kraftangan Sabah, Yayasan Sabah, Kolej Komuniti Tambunan, Pejabat Daerah Nabawan dan Pejabat Daerah Kecil Pagalungan.

 ??  ?? KURUP
KURUP
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan peserta program yang hadir.
SEBAHAGIAN pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan peserta program yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia