Utusan Borneo (Sabah)

Sepaktakra­w Terbuka Rugading buka penyertaan

-

TUARAN: Kelab Belia Taman Sri Rugading Tuaran dengan kerjasama Astaka Daerah Tuaran menganjurk­an Kejohanan Sepak Takraw Terbuka dan Veteran pada 7 dan 8 Oktober depan.

Sebelum ini, kejohanan yang diadakan sempena Hari Malaysia itu sepatutnya diadakan pada 30 September tetapi terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada Kejohanan Sepak Takraw Saga Sabah.

Pengerusi penganjur Awang Abdul Hamid selaku penasihat Kelab Belia Taman Sri Rugading berkata, tujuan utama kejohanan ini diadakan adalahuntu­kmembangun­kan sepak takraw agar sukan itu dapat diaktifkan di semua peringkat kampung, daerah dan bandar.

Kejohanan itu diadakan dalam dua kategori iaitu terbuka dan veteran 45 tahun ke atas.

Katanya, ramai pemainpema­in veteran masih berbisa dan boleh dijadikan contoh kepada anak-anak muda.

Hadiah bukan jadi ukuran, penyertaan perpaduan dan semangat kesukanan untuk menjayakan sukan sepak takraw supaya terus berkembang maju.

Johan kategori terbuka layak menerima hadiah RM800, piala pusingan dan sijil, kedua RM500 dan sijil,ketiga dan keempat RM300 dan sijil manakala tiga peman terbaik setiap posisi juga menerima trofi wang tunai dan barangan.

Hadiah untuk kategori veteran pula ialah RM500 dan sijil untuk johan, RM300 dan sijil untuk naik johan manakala ketiga dan keempat RM150 dan sijil.

Semua sijil akan ditandatan­gana Presiden ASTAKA.Penganjur juga akan mengadakan jualan tiket bertuah pada hari itu dan seminggu sebelum kejohanan. Beberapa buah hamper, barangan dapur dan barangan elektrik juga akan disediakan.

 ??  ?? AWANG
AWANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia