Utusan Borneo (Sabah)

SnGCC dan NGRK julang Piala TYT

-

KINABALU: Sandakan Golf and Country Club (SnGCC) dan Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) masing-masing menjuarai kategori Gross dan Nett, Kejohanan Golf Antara Kelab Hari Keputeraan TYT 2017.

Kejohanan merebut Piala Tuan Yang Terutama (TYT) bersempena Ulangtahun Yang Dipertua Negeri Sabah itu, berlangsun­g di lapangan NGRK pada Sabtu.

Menerusi tiga dari empat catatan terbaik, SnGCC gandinganS­afaruddinA­bidin, Haji Noor Salleh Udin, Mohd Sapre Abu Bakar dan Hii Haw Won mengumpul 234 pukulan untuk kelebihan tipis satu pukulan mengatasi pencabar terdekat Kelab Golf Kudat (KGK).

KGK gandingan Leduin Jordan Mobijohn, Khalid Jikal, Fazley Chua dan AnthonyBin­igaymengum­pul 235 pukulan untuk sekadar berpuas hati muncul selaku naib johan.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC) gandingan Kanesan Narayanan, Cho Han Jin, Thomas Chang dan Johnny Kim Seng yang mengumpul 239 pukulan.

Bagi NGRK pula, aksi cemerlang Haji Abd Riasin Abd Halim, Tawfiq Ali, Kifli Haji Aisoh dan Desmond Qwek mengumpul nett empat bawah par 212 pukulan membolehka­n mereka selesa dengan lapan pukulan muncul selaku juara.

Selaku tuan rumah, NGRK mengatasi naib johan Sibuga Golf Club (SbGC) gandingan Lee Yu Chen, Ahmad Shafie Ali, Mohd Arif Ariffin dan Liew Tze Kiun yang mencatat nett 220 pukulan.

Sementera tempat ketiga disandang oleh SHGCC gandingan Mohd Izaan Abdullah, Ahmad Azuwaniza, Lucas Lo dan Peter Loo, menerusi Kiraan Semula (OCB) mengatasi Tambunan Golf Club (TnGC) yang turut mencatat nett 221 pukulan.

Tahun lalu, Borneo Golf and Country Club (BGCC) muncul selaku juara Gross, manakala pasukan tuan rumah SnGCC menjuarai kategori Nett.

Presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Datuk George Bandusena berucap di majlis penyampaia­n hadiah, merakamkan penghargaa­n kepada semua kelab-kelab gabungan persatuan itu dari seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan atas kerjasama dan sokongan penyertaan yang diberikan.

“Terima kasih juga kepada parapenaja­serta,parapemain, pihak kakitangan NGRK dan ahli jawatankua­sa penganjur yang telah bertungkus-lumus memastikan kejohanan itu berlangsun­g dengan lancar dan penuh sukses.

“Saya percaya, matlamat kejohanan ini iaitu untuk mengumpul para pemain terbaik dari kesemua 17 kelab-kelab yang bernaung di bawah SGA untuk membina kerjasama dan mengukuhka­n lagi jalinan persahabat­an antara satu dengan yang lain, tercapai.

“SGA juga menggunaka­n ruang menerusi kejohanan ini untuk mengenalpa­sti pemain-pemain berbakat untuk diserap ke dalam pasukan Piala SGA serta pasukan negeri untuk mewakiliSa­bahdikejoh­anankejoha­nan akan datang,” jelas beliau.

“Kejohanan ini juga memberi peluang pada kelabkelab di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan untuk menjadi penganjur secara bergilir-gilir mengikut perkenan Yang Di-Pertua Negeri Sabah,” tambah George yang juga selaku pengerusi penganjur.

Majlis Penyampaia­n Hadiah telah disempurna­kan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar bin Datuk Mahiruddin dengan disaksikan oleh Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M. Jasni.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Masiung Banah, Setiausaha Tetap KBSS Haji Awg Damit Ag Anak, Pengarah Operasi Golf NGRK Steven Cheah dan Timbalan Presiden SGA merangkap pengarah pertanding­an Valerian Hansen Petrus.

 ??  ?? TUN Juhar (lima kanan) diiringi Masiung (lima kiri), Valerian (dari kanan), Awg Damit dan George menyampaik­an Piala Pusingan TYT kategori Gross kepada pasukan SnGCC diketuai oleh presiden SnGCC Goh Khoon Siah (empat kiri) bersama Hii (dari kiri), Noor...
TUN Juhar (lima kanan) diiringi Masiung (lima kiri), Valerian (dari kanan), Awg Damit dan George menyampaik­an Piala Pusingan TYT kategori Gross kepada pasukan SnGCC diketuai oleh presiden SnGCC Goh Khoon Siah (empat kiri) bersama Hii (dari kiri), Noor...
 ??  ?? TOH Puan Norlidah (dari kiri) bersama Tun Juhar dan Datuk George dengan disaksikan oleh Steven (kanan) memotong Kek Harijadi Yang Dipertua Negeri Sabah semasa Majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Golf Antara Kelab Hari Keputeraan TYT 2017 di Ballroom,...
TOH Puan Norlidah (dari kiri) bersama Tun Juhar dan Datuk George dengan disaksikan oleh Steven (kanan) memotong Kek Harijadi Yang Dipertua Negeri Sabah semasa Majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Golf Antara Kelab Hari Keputeraan TYT 2017 di Ballroom,...
 ??  ??
 ??  ?? TUN Juhar (empat kanan) diiringi Masiung (lima kanan), Valerian (dari kanan), Awg Damit dan George menyampaik­an Piala Pusingan TYT kategori Nett kepada pasukan NGRK diketuai oleh Steven (lima kiri) bersama Haji Abd Riasin (dari kiri), Tawfiq, Desmond...
TUN Juhar (empat kanan) diiringi Masiung (lima kanan), Valerian (dari kanan), Awg Damit dan George menyampaik­an Piala Pusingan TYT kategori Nett kepada pasukan NGRK diketuai oleh Steven (lima kiri) bersama Haji Abd Riasin (dari kiri), Tawfiq, Desmond...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia