Utusan Borneo (Sabah)

Dreaming Football United juara

Kategori 11 tahun Piala Borneo Malaysia 2017

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Dreaming Football United dari Filipina muncul juara kategori 11 tahun ke bawah edisi ke-10 Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2017.

Pasukan dari Filipina itu menumpaska­n (Media Mix) MMT Junior Malaysia dari Keningau 3-2 pada perlawanan akhir yang mempertemu­kan antara dua pasukan yang pertama kali menyertai kejohanan tersebut di Stadium Likas pada Selasa.

Dan perlawanan akhir itu adalah pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan di mana saingan peringkat kumpulan juga berpihak kepada Dreaming Football United dengan kemenangan 2-0.

MMT Junior yang dibaKOTA risi pemain Akademi Tunas (AT) Keningau dan beberapa pemain Kota Kinabalu bertekad menebus kekalahan pertemuan pertama itu tetapi tidak kesampaian walaupun dua kali mendahalui pada perlawanan akhir yang sengit dan menarik.

Kedudukan seri 2-2 pada sepenuh masa permainan memaksa kedua-dua pasukan meneruskan pertarunga­n ke masa tambahan di mana pemenang ditentukan menerusi `jaringan emas’ dan ianya dimiliki Dreaming Football United pada babak kedua.

Pertanding­an yang hanya dihadkan untuk lapan pasukan itu menyaksika­n pasukan Astam SS dari Indonesia menduduki tempat ketiga, keempat Calounder FC (Australia), kelima Tabs Kota Kinabalu (Malaysia), keenam Jubilo (Malaysia), ketujuh Tabs Manggatal (Malaysia) dan kelapan Kid Ball (Malaysia).

Astam SS menumpaska­n Calounder 2-1 pada penentuan tempat ketiga dan keempat, Tabs Kota Kinabalu menang 1-0 ke atas Jubilo FC pada penentuan tempat kelima dan keenam manakala Tabs Manggatal mengalahka­n Kid Ball 6-0 pada penentuan tempat ketujuh dan kelapan.

Kejohanan tahunan anjuran Borneo Sports and Adventure Holidays dan diiktiraf Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) itu turut mempertand­ingkan kategori 12, 13, 14, 15 dan 16 tahun ke bawah.

Kategori 12 tahun ke bawah yang turut melibatkan lapan pasukan telah bermula di stadium Penampang kelmarin dan diteruskan di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu sehingga ke saingan separuh akhir hari ini.

Perlawanan akhir akan berlangsun­g di Stadium Likas esok.

Kategori 13 tahun ke bawah juga bermula esok hingga 30 September, 14 tahun ke bawah (1-3 Oktober), 15 tahun ke bawah (3-5 OktoberZ) dan 16 tahun ke bawah (5-7 Oktober).

 ??  ?? SALAH satu aksi mencemaska­n di gawang MMT Junior pad perlawanan akhir kategori 11 tahun ke bawah Piala Borneo Malaysia 2017 di Stadium Likas pada Selasa.
SALAH satu aksi mencemaska­n di gawang MMT Junior pad perlawanan akhir kategori 11 tahun ke bawah Piala Borneo Malaysia 2017 di Stadium Likas pada Selasa.
 ??  ?? PASUKAN Dream Football United Filipina merakamkan reaksi gembira semasa majlis penyampaia­n hadiah.
PASUKAN Dream Football United Filipina merakamkan reaksi gembira semasa majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? MMT Junior terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua sahaja.
MMT Junior terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia