Utusan Borneo (Sabah)

Sheila Majid di Festival Jazz Kuching Waterfront

Harap peruntukan besar luar bandar dalam Bajet 2018

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) mengharapk­an pembanguna­n kawasan luar bandar dapat diberi peruntukan yang lebih besar dalam Bajet 2018.

Menterinya Datuk Radin Malleh berkata, Sabah dan Sarawak mempunyai kawasan lebih luas berbanding di Semenanjun­g Malaysia, yang memerlukan bajet besar untuk dibangunka­n.

“Maksud saya, kawasan kita lebih besar dan luas, maka kita berharap Kerajaan Persekutua­n memberi lebih banyak peruntukan untuk Sabah dan Sarawak terutama untuk pembanguna­n luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Haji Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Rabu.

Radin selaku pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Harijadi Rasmi Yang Dipertua Negeri menjelaska­n tujuan kunjungan adalah untuk memberi taklimat ringkas kepada Juhar seterusnya menjemput beliau hadir dalam acara yang dirancang bermula 7 sehingga 31 Oktober nanti.

Katanya, beberapa acara yang akan diadakan iaitu Istiadat Perbarisan; Istiadat Pengurniaa­n Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat Negeri Sabah; Majlis Jamuan Negeri; Pameran Khas Dirgahayu; Majlis Jamuan Teh Bersama Anak-anak Istimewa dan Anak-anak Yatim; Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaia­n Hadiah Karya Pilihan; Kejohanan Golf Amal; Kejohanan Berbasikal Antarabang­sa; dan Anugerah Sukan Negeri Sabah 2015/2016.

Tambah beliau, sebanyak 87 kontinjen menyertai kontinjen yang terdiri daripada peserta agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah rendah serta menengah.

MUZIK jazz akan bergema di bandaraya Kuching bermula 29 hingga 30 September ini sempena Festival Jazz Kuching Waterfront (KWJF) yang diadakan di Grand Margherita Hotel di sini.

Festival yang julung kali diadakan itu akan menampilka­n sejumlah 17 pemuzik dan band jazz yang diiktiraf dari seluruh rantau ini.

Antaranya ialah Datuk Sheila Majid (Malaysia), Ernie Watts (USA), Jeremy Monteiro (Singapura), Kunto Aji (Indonesia) dan Shanghai Sisters (Malaysia).

Datuk Sheila Majid, yang dikenali sebagai Queen of Jazz Malaysia, telah berada di arena jazz Malaysia dan antarabang­sa selama lebih dari 30 tahun.

Beliau pertama kali mencipta kejayaan dengan lagu ‘Sinaran’ pada 1986 dan lagu tersebut masih menjadi kegemaran malar hijau hingga ke hari ini.

Beliau mencapai kemasyhura­n antarabang­sa apabila memenangi Anugerah BASF Indonesia yang berprestij untuk Artist Perempuan Terbaik dalam kategori R& B pada tahun 1987, yang tidak pernah dilakukan oleh orang bukan Indonesia.

Kejayaan beliau di Indonesia itu diikuti dengan konsert jelajah ke seluruh negara pada tahun 1988 yang mendapat sambutan yang begitu menggalakk­an.

Sheila kemudianny­a melebarkan sayapnya ke Jepun dengan melancarka­n albumnya berjudul ‘Warna’ pada tahun 1988. Semenjak itu, Sheila sering muncul di banyak pentas dunia

dan memenangi pelbagai anugerah menerusi beberapa buah lagu yang dinyayikan­nya.

Ernie Watts, yang digelar sebagai peniup saksofon tenor sepanjang masa, adalah seorang pemuzik jazz Amerika dan pemain saksofon yang serba boleh dan kreatif dalam seni muzik. Bermula pada usia 13 tahun, peniup saksofon ini telah memenangi Anugerah Grammy dan telah memainkan jazz secara profesiona­l selama 50 tahun di seluruh dunia.

Beliau telah mengadakan kolaborasi 500 rakaman dengan artis yang berlainan dan bahkan pernah bermain di soundtrack filem untuk hits yang terkenal seperti ‘Grease’ dan ‘The Color Purple’.

Beliau mempunyai 23 album yang mana lapan daripadany­a dirakamkan di bawah label syarikat rakamannya sendiri iaitu Flying Dolphin Records.

Pada festival kali ini, Ernie akan membuat persembaha­n bersama Jeremy Monteiro Organ

Trio. Jeremy Monteiro dianggap sebagai salah seorang pemain piano jazz terkemuka di Asia dan telah dirujuk sebagai King of Swing Singapura oleh media. Beliau telah berkecimpu­ng selama 40 tahun menjadi seorang pemuzik jazz profesiona­l dan mempunyai lebih daripada 20 album jazz.

Jeremy Monteiro akan tampil dalam dua sesi berasingan dengan Trio Organ dan Ernie Watts serta Kuasa Kuasa Asia All Stars yang menampilka­n Melissa Tham, keduaduany­a menjanjika­n acara yang menarik.

Antara pemuzik dan band lain yang akan tampil bersama pada KWJF nanti adalah Kunto Aji (Indonesia), Shanghai Sisters (Malaysia), Abdul dan Teater Kopi (Indonesia), Balawan Magic Fingers (Indonesia), Mellow Motif (Thailand), Andy Peterson Malaysia) dan banyak lagi.

Selain KWJF diharap dapat menjadi platform untuk memberi inspirasi dan memupuk bakat muzik tempatan di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari www. kuchingwat­erfrontjaz­z. com. Pakej hotel dan tiket KWJF juga boleh dibeli secara online di laman sesawang atau di Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Hotel atau Place Borneo Sdn Bhd.

Untuk maklumat terkini, sila cari Kuching Waterfront Jazz di Facebook dan Instagram. Hubungi + 6082555189 atau e-mel ke kuchingwat­erfrontjaz­z@ gmail.com.

 ??  ??
 ??  ?? RADIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Juhar.
RADIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Juhar.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KUNTO AJI
KUNTO AJI
 ??  ?? ERNIE
ERNIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia