Utusan Borneo (Sabah)

Kumpul dana untuk SRA Goshen

Larian Keluarga dapat sambutan lebih 200 peserta

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Family Run Fun yang diadakan di sini pada Isnin menyaksika­n penyertaan termuda Alexce Goh berumur satu tahun empat bulan dan paling veteran Duasa Dingka, 73.

Pengerusi penganjur Larian 6Km, Jerry Wen berkata acara julung kali itu berjaya menarik penyertaan 200 ibu bapa, guru-guru dan pelajar Sekolah Rendah Advent Goshen, yang bertujuan mengumpul dana sekolah itu di samping menggalakk­an aktiviti sihat. “Larian ini juga merupakan sebahagian persediaan jawatankua­sa penganjur bagi satu lagi larian lebih mencabar yang akan berlangsun­g tahun hadapan,” katanya yang juga guru besar SRA Goshen.

Beliau memaklumka­n meski laluan agak landai dan tidak jauh namun peserta tercabar apabila disyaratka­n berlari sambil berjalan, malahan ada yang mendukung anak atau cucu sebelum larian sampai ke garisan penamat.

Peserta sudah berhimpun seawal 6 pagi yang dilepaskan Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Adun Tandek Datuk Anita Baranting, kirakira jam 6.30 pagi.

Pelepasan dimulakan di perkaranga­n astaka padang

“Acara julung kali itu berjaya menarik penyertaan 200 ibu bapa, guru-guru dan pelajar Sekolah Rendah Advent Goshen, yang bertujuan mengumpul dana sekolah itu di samping menggalakk­an aktiviti sihat. Larian ini juga merupakan sebahagian persediaan jawatankua­sa penganjur bagi satu lagi larian lebih mencabar yang akan ” berlangsun­g tahun hadapan. JERRY WEN, Pengerusi penganjur Larian 6Km

Goshen yang kemudian menyusur Jalan Lotong, masuk ke jalan Jabatan Air Simpangan dan menuju balik ke tepi Sungai Bandau di mana peserta terpaksa mendaki anak bukit di kawasan kilang papan KK Assan.

“Walaupun tidak ada hadiah disediakan kepada pemenang, para peserta yang dilengkapk­an dengan baju-T kuning oren berjaya menamatkan larian hampir dua jam.

“Kita berharap larian seumpamain­idapatdite­ruskan bagi membiasaka­n anak-anak berjoging,” katanya.

Bekas guru besar SRA Goshen yang menyertai larian bersama cucu, Elna Mun berkata keluargany­a berjaya menamatkan larian hampir dua jam dan aktiviti keluarga itu dapat memupuk kebiasaan anak-anak suka berjoging.

Larian itu turut disertai Pengerusi Lembaga Sekolah SRA Goshen George Lee yang ditemani isteri, anak dan emaknya, Sotili Sikul, 62.

Sementara, Yang Dipertua PIBG Richard Gusup bersama anak perempuann­ya Cikgu Nico Gaban dan penulis bebas Benjohn Simbaku bersama dua anaknya.

Larian itu dijayakan dengan bantuan pengawasan Polis Trafik Kota Marudu diketuai Koperal Ambrose yang turut menghantar tiga ahli keluargany­a menyertai larian.

Turut hadir ialah Ketua Anak Negeri yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Sekolah Joe Santie.

 ?? JAWATANKUA­SA penganjur terdiri daripada Jerry, George, Nico, Malanjin dan guru-guru. ??
JAWATANKUA­SA penganjur terdiri daripada Jerry, George, Nico, Malanjin dan guru-guru.
 ??  ?? SOTILI bersama cucu dan Benjohn bersama anaknya berjaya menamatkan larian dalam masa 45 minit.
SOTILI bersama cucu dan Benjohn bersama anaknya berjaya menamatkan larian dalam masa 45 minit.
 ??  ?? ELNA peserta paling muda, Alexce dan ibunya gembira menamatkan larian.
ELNA peserta paling muda, Alexce dan ibunya gembira menamatkan larian.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 200 peserta mengabadik­an kenangan bersama.
SEBAHAGIAN daripada 200 peserta mengabadik­an kenangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia