Utusan Borneo (Sabah)

Georgia tangguh hukuman mati pembunuh

-

WASHINGTON:Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) lewat kelmarin membenarka­n penangguha­n hukuman mati yang tidak dijangkaka­n bagi seorang lelaki kulit hitam yang disabitkan atas tuduhan membunuh, selepas dia dijangka menjalanin­ya di negeri selatan Georgia.

Keputusan itu mengakhiri malam tegang di mana Keith Tharpe bersiap sedia untuk mati menerusi suntikan maut tatkala mahkamah tertinggi negara mempertimb­ang nasibnya.

Peguam Tharpe melancarka­n usaha minit akhir untuk mendapatka­n penangguha­n hukuman mati atas dasar rasisme berperanan penting dalam keputusan itu.

Mereka juga berkata Tharpe,59,harusdikec­ualikan kerana masalah kesihatan mental.

Selepas menangguhk­an hukuman matinya yang dijadualka­n jam 7 malam, Mahkamah Agung mengeluark­an penangguha­n sementara di mana tiga hakim konservati­f daripada sembilan hakim menentangn­ya.

Tharpe didapati bersalah membunuh adik iparnya Jaquelin Freeman pada 1990 ketika mangsa memandu ke tempat kerja bersama isteri Tharpe yang sudah berpisah daripadany­a.

Seperti diwajibkan undangunda­ng Georgia, juri sebulat suara memutuskan hukuman mati.

Pada 1998, badan bukan kerajaan(NGO)yangmember­i bantuan guaman percuma kepada tahanan menyoal juri yang mengenakan hukuman itu.

Seorang daripadany­a lelaki kulit putih Barney Gattie, yang menurut rekod mahkamah berkata: “Terdapat dua jenis orang kulit hitam, satu, orang kulit hitam dan dua, ‘Nigger’.”

“Olehkerana­sayamengen­ali mangsadank­eluargasua­minya dan tahu mereka adalah orang kulit hitam yang baik, saya rasa Tharpe, bukan dalam kategori orang kulit hitam ‘baik’ dalam buku saya, sepatutnya diberi kerusi elektrik,” kata Gattie.

Ahli juri itu juga berkata, pengajian Injil malahan membuat dia tertanya-tanya sama ada orang kulit hitam mempunyai roh.

Sedar bahawa kenyataan itu berpotensi merosakkan kes, pendakwa raya kemudian memujuknya untuk menolaknya dalam satu lagi afidavit dan mendakwa dia mabuk ketika pertama kali bercakap.

Februari lalu, mahkamah tinggi menggantun­g pelaksanaa­n hukuman mati seorang warga Texas yang digambarka­n sewaktu perbicaraa­nnya sebagai berpotensi lebih berbahaya kerana kulit hitam.

Mahkamah Agung turut membuatkep­utusanmemi­hak kepada seorang lelaki kulit hitam pada Mei 2016 yang dijatuhi hukuman mati oleh 12 juri kesemuanya kulit putih. — AFP

 ??  ?? LEROY THARPE
LEROY THARPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia