Utusan Borneo (Sabah)

RELA BANTU KAWALAN

Langkah perkukuh keselamata­n di Esszone 500 pegawai, anggota dipilih sebagai perintis

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE & NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Kira-kira 500 pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) di Sabah akan ditugaskan membantu agensi penguatkua­saan memantau keselamata­n kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Keputusan dicapai pada Mesyuarat Lembaga Penasihat Esszone yang dipengerus­ikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, di sini pada Jumaat.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata seramai 500 pegawai dan anggota Rela di 10 daerah akan terlibat dalam projek perintis yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Katanya, untuk peringkat awal pihaknya melakukan persediaan termasuk memberikan latihan kepada pegawai dan anggota berkenaan.

“Mereka (anggota Rela) tahu bentuk muka bumi selain lebih memahami setiap kawasan di situ (Esszone). Bagaimanap­un, aspek perundanga­n dan keselamata­n memerlukan latihan, jadi ia akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu Ketua Pengarah Keselamata­n Negara Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri T Subromania­m, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Abdul Halim Jalal, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Laksamana Maritim Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata menerusi pendekatan itu, anggota Rela akan menjadi barisan kedua pertahanan di Esszone, manakala agensi keselamata­n lain kekal sebagai pasukan utama pemantauan dan operasi di kawasan terbabit.

Seramai 6,148 dari 121,888 pegawai dan anggota rela di seluruh Sabah akan dimobilisa­sikan untuk tujuan ini namun seramai 500 akan terlibat dalam projek ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan persekutua­n amat komited dengan perancanga­n jangka panjang kerajaan negeri memajukan sektor pelanconga­n dengan mengutamak­an misi keselamata­n.

Katanya, Sabah yang terkenal dengan alam semulajadi lautan, pulau dan pantai serta hutan tropika mempunyai perancanga­n untuk menggamit satu juta pelancong dari China.

Mesyuarat itu juga memutuskan aspek kebajikan anggota pasukan keselamata­n di pos-pos Pasukan Gerakan Am dan kem Jawatankua­sa Perancanga­n Gerakan akan ditambah baik selain masalah kekurangan bekalan logistik untuk operasi harian ditangani dengan kadar segera.

Ahmad Zahid yang diiringi Ahli Parlimen Bahagian Silam, Datuk Nasrun Mansur dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal turut meluangkan masa bersama pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan dengan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek PGA dan makan tengah hari di Dewan Serbaguna PGA.

 ?? - Gambar Jabatan Ketua Menteri ?? AHMAD Zahid bersama Musa ketika mempengeru­sikan bersama mesyuarat Esszone di Ibu Pejabat Esscom Lahad Datu pada Jumaat.
- Gambar Jabatan Ketua Menteri AHMAD Zahid bersama Musa ketika mempengeru­sikan bersama mesyuarat Esszone di Ibu Pejabat Esscom Lahad Datu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia