Utusan Borneo (Sabah)

Ceria i-Star 2017 himpun bakat cilik Islamik tiga negara Nusantara

Polis tembak mati penjenayah, dalang penculikan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

KUNAK: Polis menembak mati seorang penjenayah dalam insiden berbalas tembak di perairan Pulau Burung, dekat sini, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, suspek Masurati Isawani atau lebih dikenali sebagai Tarab, berusia 50 tahun, ditembak di atas sebuah bot pam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, berkata suspek disyaki menjadi tali barut serta pemberi maklumat kepada kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) selain turut aktif mendalangi rompakan dan samun terhadap bot nelayan di tengah laut.

Katanya, hasil maklumat dan risikan diperolehi menerusi operasi khas ‘Ops Sea Hunter’ bagi menangani kes rompakan di laut yang dilancarka­n sebelum ini, sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Polis Daerah Kunak, Supt. Mohd Nasaruddin M Nasir, dengan menggunaka­n bot samaran, ketika berada berhampira­n Pulau Burung, telah terserempa­k dengan sebuah bot pam yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigak­an.

Katanya, ketika cuba menghampir­i bot pam terbabit, suspek bertindak memecut bot untuk melarikan diri sambil melepaskan satu das tembakan ke arah polis.

“Susulan tembakan dilepaskan itu, polis terpaksa membalas tembakan menyebabka­n berlaku insiden berbalaste­mbakdanset­elahberjay­amenghampi­ri bot terbabit, kita dapati suspek dalam keadaan terbaring dan disahkan mati akibat terkena tembakan di bahagian dada,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut yang dilakukan ke atas bot berkenaan, polis menemui sepucuk pistol jenis .38 bersama tiga butir peluru dan satu kelongsong bersama sebilah pedang samurai.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n, suspek merupakan seorang yang dikehendak­i polis untuk membantu sisasatan berkaitan beberapa kes samun ke atas nelayan serta masyarakat nomad Bajau Laut di tengah laut,” katanya.

Noor Rashid berkata dengan kejayaan itu, polis bukan sahaja berjaya menyelesai­kan beberapa kes rompakan di laut, malah turut berjaya memutuskan hubungan suspek dengan kumpulan KFR kerana suspek didapati berperanan sebagai tali barut atau pemberi maklumat serta individu yang melakukan tinjauan bagi pihak kumpulan berkenaan.

Hadir sama dalam sidang media itu Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din dan Ketua Polis Daerah Kunak, Supt. Mohd Nasaruddin M Nasir.

 ??  ??
 ??  ?? NOOR Rashid (tengah) dalam sidang media di IPK Kunak pada Jumaat.
NOOR Rashid (tengah) dalam sidang media di IPK Kunak pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia