Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Pusat komited bantu Sabah

Untuk gamit sejuta pelancong dari China

- AHMAD Zahid bersalaman dengan pasukan keselamata­n yang menyambut ketibaan beliau ke Pejabat Esscom Lahad Datu, Jumaat.

LAHAD DATU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan persekutua­n amat komited untuk membantu Sabah menjayakan rancangan negeri berkenaan untuk menarik satu juta pelancong dari negara China.

Justeru katanya kerajaan melalui Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa membuat analisis komprehens­if terhadap tahap keselamata­n di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) bagi memastikan kawasan berkenaan sentiasa selamat dikunjungi pelancong.

Katanya pada masa ini situasi keselamata­n di Esszone berada pada tahap sangat baik hasil komitmen dan usaha semua pasukan keselamata­n iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

“Ketua Menteri Sabah (Tan Sri Musa Aman) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (Tan Sri Sukarti Wakiman) dan seluruh jentera kerajaan negeri mempunyai rancangan jangka panjang untuk menggamit satu juta pelancong dari China.

“Tentunya tahap keselamata­n menjadi keutamaan untuk minta pelancong datang ke Sabah yang menawarkan produk pelanconga­n alam semula jadi termasuk kawasan pantai, hutan tropika dan pulaupulau­nya.

“Jadi peranan Esscom, dibantu oleh pelbagai agensi penguat kuasa ialah melakukan kawalan tahap pertama bagi menentukan keselamata­n semua destinasi pelanconga­n,” katanya kepada pemberita selepas beliau dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mempengeru­sikan bersama Mesyuarat Lembaga Penasihat Esszone di sini, Jumaat.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Ketua Pengarah Keselamata­n Negara Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Abdul Halim Jalal, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Laksamana Maritim Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali.

Untuk tujuan berkenaan juga, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perintah berkurung di kawasan Esszone akan diteruskan sehingga pihak keselamata­n yakin sepenuhnya dengan tahap keselamata­n di kawasan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kabinet mengenai pelanconga­n berkata bentuk sokongan lain yang diberikan kerajaan untuk galakan pelancong China datang ke negara ini, tidak terkecuali Sabah, termasuk memberikan beberapa kemudahan seperti e-visa dan e-entry untuk pelancong dari negara itu terutamany­a pada musim ‘golden holiday period’.

Menurutnya bentuk sokongan lain ialah kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat penerbanga­n tambang murah membawa pelancong dari ‘second tier city’ di negara China terus ke destinasi pelanconga­n menarik di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. - Bernama

“Tentunya tahap keselamata­n menjadi keutamaan untuk minta pelancong datang ke Sabah yang menawarkan produk pelanconga­n alam semula jadi termasuk kawasan pantai, hutan tropika dan pulaupulau­nya.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ?? Gambar BERNAMA ?? AHMAD Zahid bergambar kenangan dengan kakitangan ESSCOM ketika melakukan lawatan di Pejabat ESSCOM Lahad Datu. -
Gambar BERNAMA AHMAD Zahid bergambar kenangan dengan kakitangan ESSCOM ketika melakukan lawatan di Pejabat ESSCOM Lahad Datu. -
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia