Utusan Borneo (Sabah)

Mencuri: Dua penggangur dipenjara tiga bulan

-

KOTA KINABALU: Dua penggangur­dikenakanp­enjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas kesalahan mencuri di sebuah kedai serbaneka.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rianto Umbidah, 31, dan Hartono Janang, 27, selepas mengaku bersalah.

Mereka mencuri sembilan keping coklat dan tujuh makanan ringan yang semua bernilai RM505.40, pada 19 September jam 1.10 malam di kedai serbaneka Orange 24 jam, Jalan Gaya, di sini.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara selama 10 tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintah­kan Rianto dan Hartono yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 21 Oktober untuk laporan sosial terhadap penjaga kedai yang didakwa mencuri di sebuah kedai runcit.

Keputusan itu dilakukan terhadap Mohd Nizam Azrin Kamarudin, 19, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 381 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau dengan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh mencuri satu tin minuman dan makanan ringan serta makanan segera pada 18 hingga 23 September jam 3 pagi hingga jam 6 pagi, di sebuah kedai runcit, Manggatal di sini.

Sementara menunggu tarikh berkenaan, mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM800 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia