Utusan Borneo (Sabah)

Banjir, tanah runtuh di Penampang

Enam perkampung­an, jalan utama dan dua sekolah terjejas

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Keadaan cuaca tidak menentu selain kadar hujan yang berterusan pada petang Jumaat menyebabka­n paras air Sungai Babagon melimpah dan beberapa kampung di sekitarnya digenangi banjir.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Penampang Sulaiman Salama berkata enam perkampung­an termasuk Nampasan, Kambau, Sugud, Penampang Proper, Kolopis dan Kibabaig terjejas banjir.

Menurutnya, banjir berkenaan turut memutuskan tiga laluan menghubung­kan jalan utama iaitu Jalan Kampung Kambau, Jalan Jambatan Kolopis dan Jalan Kibabaig sehingga tidak boleh dilalui kenderaan kecil, manakala dua sekolah termasukSe­kolahKeban­gsaan (SK) Sugud dan St. Joseph turut terjejas.

“Kita akan melakukan pemantauan berterusan di kawasan berisiko terutama perkampung­an berdekatan sungai termasuk pemantauan tanah runtuh di Jalan NotorusRug­ading untuk mengelak kejadian tidak diingini.

“Untuk operasi kali ini APM Penampang menggerakk­an tiga jentera termasuk kenderaan berat dan bot APM bagi memudahkan pergerakan meredah banjir,” katanya.

Sementara itu jurucakap Jabatan Kerja Raya berkata pihaknya terpaksa menutup

ANGGOTA APM meninjau kawasan Sungai Babagon.

Jalan Kota KinabaluTa­mbunan selepas tanah runtuh di kawasan terbabit, menyebabka­n laluan terjejas sejauh 80 meter.

“Hujan lebat bermula jam 4 petang menyebabka­n tanah runtuh di jalan berkenaan berdekatan Kampung Notorus dan JKR terpaksa menutup laluan ini dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.

Beliau berkata JKR melakukan tindakan awal dengan meletakkan papan tanda amaran tanah runtuh kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya pihak konsesi kini sudah menggerakk­an mesin untuk melakukan kerja-kerja pembersiha­n di lokasi terjejas.

Dalam pada itu pihak Bahagian Teknikal SESB semasa dihubungi berkata tanah runtuh di Kampung Notorus turut menjejaska­n kabel elektrik SESB di jalan terbabit.

Katanya beberapa tiang elektrik di saluran utama yang menghubung­kan penduduk di kawasan Pekan Donggongon sehingga Jalan Tambunan rebah melintasi jalan dan menghalang lalu lintas semua jenis kenderaan.

Beliau bagaimanap­un berkata pihaknya sudah menggerakk­an anggota Bahagian Teknikal SESB ke lokasi kejadian bagi memperbaik­i tiang elektrik terbabit untuk mengelakka­n gangguan elektrik kepada penduduk berdekatan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat SULAIMAN SALAMA

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Penampang

“Kitaakanme­lakukanpem­antauanber­terusan di kawasan berisiko terutama perkampung­an berdekatan sungai termasuk pemantauan tanah runtuh di Jalan Notorus- Rugading untuk ” mengelak kejadian tidak diingini

Malaysia (JBPM) Sabah yang turut dihubungi berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan daripada orang awam jam 4.07 petang.

Katanya seramai lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n pemantauan selain melihat keadaan banjir yang semakin menaik di kawasan Penampang.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang aduan untuk tujuan pemindahan penduduk bagaimanap­un pemantauan berterusan akan dijalankan bagi bersedia dengan sebarang kemungkina­n,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN tanah runtuh di Kampung Notorus yang menyebabka­n Jalan Kota KinabaluTa­mbunan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.
KEADAAN tanah runtuh di Kampung Notorus yang menyebabka­n Jalan Kota KinabaluTa­mbunan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.
 ??  ?? KAWASAN perumahan di tepi Sungai Babagon.
KAWASAN perumahan di tepi Sungai Babagon.
 ??  ??
 ??  ?? STESEN Air Sungai Moyog yang digenangi banjir.
STESEN Air Sungai Moyog yang digenangi banjir.
 ??  ?? SK Sugud Penampang turut ditenggela­mi banjir.
SK Sugud Penampang turut ditenggela­mi banjir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia