Utusan Borneo (Sabah)

SMK Westlands berhasrat hasilkan lebih ramai individu berjaya

-

GEORGE TOWN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Westlands, satu daripada sekolah menggunaka­n medium bahasa Inggeris tertua di Pulau Pinang, berhasrat untuk terus menghasilk­an individu berjaya dalam tahun-tahun akan datang.

Pengetuany­a, Yon Zanariah Osman berkata rancangan untuk mencapai matlamat itu adalah menerusi motivasi dan menyediaka­n kemudahan lebih baik untuk para pelajar di sekolah.

Beliau turut bekerja keras untuk menarik lebih ramai pelajar dari kawasan bandar untuk memasuki sekolah itu.

“Sejak 60 tahun lepas, Westlands telah menghasilk­an ramai individu yang berjaya dalam cara mereka sendiri dan memberi impak besar dalam sektor pendidikan, profesiona­l dan kerajaan.

“Saya akan mengambiln­ya sebagai cabaran untuk membantu memastikan Westlands terus mengeluark­an individu sebegini pada 60 tahun akan datang dan seterusnya,” katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena ulang tahun ke-60 sekolah itu di sini.

Antara pelajar sekolah itu yang menonjol ialah usahawan Datuk Seri Yusuf Taiyoob, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim serta bekas Pengurus Besar dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong.

Ramai bekas pelajar Westlands berjaya dalam bidang undang-undang, perubatan dan pendidikan, di dalam dan luar negara.

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, disebabkan perubahan corak demografi di George Town, ramai masyarakat bandar telah beralih ke pinggir bandar, menyebabka­n banyak sekolah di kawasan bandar mengalami penurunan bilangan pelajar manakala sekolah di kawasan pinggir bandar yang berkepadat­an penduduk tinggi merekodkan kemasukan pelajar yang ramai.

Yon Zanariah berkata sejak sekolah itu menerima pakai moto baharu ‘School for Gentleman’, ia telah mendapat kesan positif, khususnya dalam perubahan minda dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata pelajaran ramai pelajar juga bertambah baik kerana mereka kini lebih bermotivas­i untuk mencapai impian dan cita-cita mereka.

“Dalam bidang akademik, merekamula­memperoleh­lebih

YON ZANARIAH OSMAN

banyak A dalam peperiksaa­n manakala dalam sukan, kebanyakan mereka juga mula cemerlang dengan mewakili negeri dalam pertanding­an Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia,” katanya.

Bersempena dengan ulang tahun ke-60 sekolah itu, alumni sekolah berkenaan bersamasam­a Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merancang untuk mengadakan makan malam amal bagi membantu membiayai beberapa projek sekolah.

“Pelbagai projek telah dirancang termasuk menubuhkan bilik darjah abad ke-21 yang dilengkapi dengan modul pengajaran berasaskan digital, memperoleh peralatan sukan yang lebih baik untuk menggalakk­an pelajar cemerlang dalam sukan serta menubuhkan kelab muzik khas bagi menggali bakat muzik terpendam,” tambahnya.

“Dana khas untuk pelajar memerlukan juga akan ditubuhkan jika bekas pelajar sanggup memberi sumbangan bulanan bagi membantu pelajar cemerlang yang memerlukan dan berasal daripada keluarga miskin,” katanya.

Yon Zanariah berkata beliau terharu dan bersyukur dengan sokongan padu yang diterima daripada bekas pelajar sekolah itu yang telah membeli tiket untuk 55 meja bagi majlis makan malam amal yang akan diadakan di Olive Tree Hotel, di sini malam Jumaat.

“Secara teorinya, tiket telah habis dijual sebelum tiket dicetak,” katanya dan menambah sekolah dan PIBG akan menjadikan majlis itu acara tahunan bagi membantu menyediaka­n kemudahan lebih baik untuk sekolah berkenaan. - Bernama

 ??  ?? SEKOLAH Menengah Kebangsaan Westland adalah sekolah bahasa Inggeris tertua di Pulau Pinang yang bertujuan untuk terus menghasilk­an individu yang berjaya dalam tahun yang akan datang sempena sambutan Ulang Tahun ke-60 sekolah itu, Jumaat.
SEKOLAH Menengah Kebangsaan Westland adalah sekolah bahasa Inggeris tertua di Pulau Pinang yang bertujuan untuk terus menghasilk­an individu yang berjaya dalam tahun yang akan datang sempena sambutan Ulang Tahun ke-60 sekolah itu, Jumaat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia