Utusan Borneo (Sabah)

Siasat pihak bertanggun­gjawab

Berhubung kejadian kebocoran gas klorin

-

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengarahka­n pihak berkuasa melakukan siasatan mendalam terhadap pihak yang bertanggun­gjawab dalam kejadian kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya, petang Khamis.

Beliau berkata siasatan itu termasuk mengetahui siapa identiti pemilik tujuh tong dram gas klorin yang dibuang di kawasan tanah kebun kampung itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak bertanggun­gjawab.

“Pihak penyiasat tengok nomborsiri(tongdram)sudah tahu siapa (pemilik) jadi kita arahkan untuk ketahui siapa tuan punya angkara sehingga gas berbahaya ini boleh ditinggalk­an sedemikian rupa di kampung ini, kita nak tahu siapa, di mana dan bila.

“Siasat siapa yang pakai (gas klorin) kilang air batu, kilang

ANGGOTA Polis membuat siasatan di Sebuah rumah kosong yang menjadi tempat pembuangan tujuh tong gas klorin yang bocor di Kampung Tambak Paya Jumaat.

proses makanan mungkin pakai jadi kita tengok sebelum ambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian di kampung itu di sini, tengah malam Jumaat.

Sehingga pukul 5 pagi Jumaat, 50 orang termasuk empat anggota bomba mendapat rawatan di Hospital Melaka dan Jasin akibat kejadian itu.

Idris berkata pihaknya termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diarahkan untuk menggunaka­n segala peruntukan undangunda­ng yang ada bagi membawa mereka yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan. - Bernama

“Siasat siapa yang pakai (gas klorin) kilang air batu, kilang proses makanan mung“kin pakai jadi kita tengok sebelum ambil tindakan sewajarnya. DATUK SERI IDRIS HARON Ketua Menteri Melaka

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus sehingga awal pagi menyiasat dan mengawal kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya, Jumaat.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus sehingga awal pagi menyiasat dan mengawal kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia