Utusan Borneo (Sabah)

3,785 individu di Selangor ditahan dalam Ops Judi Haram

-

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan sebanyak 3,785 individu dalam Ops Perjudian Haram di negeri itu bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, tangkapan berkenaan adalah hasil 3,132 serbuan terhadap premis judi dalam talian dalam usaha membantera­s sindiket perjudian.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai dipercayai hasil judi berjumlah RM288,380. Daripada 3,132 serbuan itu, sebanyak 2,313 kes telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Menurut beliau, polis akan terus memantau Pusat Hiburan Keluarga berlesen di bawah Enakmen Hiburan Selangor 1995 seterusnya mengambil tindakan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sekiranya pemilik dikesan menjalanka­n kegiatan perjudian.

Katanya tindakan itu seiring dengan arahan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bagi pusat judi haram itu dilupuskan.

“Polis tidak akan berkomprom­i dengan pusat hiburan keluarga sekiranya didapati menjalanka­n aktiviti perjudianw­alaupunmem­punyai lesen sah,” katanya.

Fadzil berkata, sehingga 26 Sept lalu, sebanyak 137 lesen Pusat Hiburan Keluarga telah diluluskan di Selangor.

Katanya, orang awam boleh membantu olis dengan menyalurka­n maklumat berkaitan pusat judi ke Bilik Gerakan Cawangan Perjudian dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di talian 0355145168. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia