Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa gas klorin dilapor stabil

-

MELAKA: Sebanyak 40 mangsa kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya di sini masih dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Melaka TengahACPA­fzanizarAh­mad berkata 35 daripada mereka dirawat di Hospital Melaka dan bakinya di Hospital Jasin.

Mereka adalah antara 50 mangsa yang sebelum ini dilaporkan oleh Angkatan Pertahanan Awam digegaskan ke hospital akibat kejadian itu.

“Kebanyakan mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat operasi polis di sini dijangka ditutup tengah hari ini,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian pada Jumaat.

Menurutnya pihak bomba juga telah memeriksa baki enam tong terbabit dan mengesahka­n keadaan di lokasi selamat pada 4.30 pagi Jumaat.

Pada masa sama Afzanizar berkata masih terlalu awal untuk merumuskan kejadian itu mempunyai unsur jenayah.

Sementara itu, usaha Bernama untuk menemu bual mangsa yang dirawat di Hospital Melaka dan Hospital Jasin gagal selepas tidak dibenarkan berbuat demikian oleh petugas hospital.

Terdahulu dilaporkan pasukan penyelamat menemui tujuh tong berisi gas klorin di sebuah kebun di kampung berkenaan petang Khamis dan satu daripada tong terbabit bocor, mencemarka­n kawasan seluas kira-kira satu kilometer.

Akibat kejadian, sebuah pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Tambak Jaya dan menempatka­n 79 mangsa yang merangkumi 25 keluarga. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia