Utusan Borneo (Sabah)

Gempur habis-habisan

Polis Sarawak melakukan 33 lagi serbuan ke atas premis disyaki jual 4D haram di seluruh negeri.

-

KUCHING: Komited memerangik­egiatanper­judian haram, polis Sarawak berjaya melakukan 33 serbuan ke atas premis yang disyaki menjual loteri (4D) haram di 14 daerah di seluruh negeri pada Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya menahan 36 individu dan merampas wang tunai sekitar RM10,013 dan beberapa peralatan perjudian termasuk telefon bimbit dan mesin pencetak mudah alih.

Menurutnya, anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak mencatatka­n jumlah serbuan terbanyak iaitu 14 serbuan diikuti Sibu sebanyak tiga serbuan.

“Manakala anggota JSJ Bintulu, Bau dan Sarikei masing-masing mencatatka­n dua serbuan diikuti Kuching, Padawan, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Lawas, Limbang, Simunjan dan Maradong sebanyak satu serbuan.

“Daripada 33 serbuan tersebut, seramai 36 individu ditahan iaitu 16 wanita dan 20 lelaki berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun termasuk tiga warga asing,” kata Dev dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tambah Dev, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Pada Selasa lepas, sebanyak 29 premis yang menjalanka­n kegiatan penjualan 4D haram atas perjudian atas talian di seluruh negeri diserbu dengan turut menahan 36 individu terdiri daripada 23 lelaki dan selebihnya wanita berusia lingkungan 18 hingga 51 tahun.

Dev dalam kenyataan medianya memberitah­u pihaknya turut merampas RM5,301 wang tunai dan peralatan perjudian daripada 27 premis yang disyaki menjalanka­n aktiviti menjual 4D haram.

Manakalase­banyakRM7,441 wang tunai berjaya dirampas daripada tiga lagi premis yang menjalanka­n aktiviti perjudian atas talian.

“Operasi membantera­s kegiatan perjudian haram ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” kata Dev. KUCHING:Belia di negeri ini perlu diperkasak­an bagi membolehka­n mereka menyumbang kepada masa depan Sarawak yang lebih terjamin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata belia merupakan aset berharga Sarawak yang perlu disokong serta mendapat perhatian daripada kerajaan.

“Belia adalah jiwa dan raga negeri ini, oleh itu kebajikan golongan ini menjadi keutamaan kerajaan.

“Keperluan bersama perlu diwujudkan untuk memperkasa­kan belia di negeri ini dalam bidang pendidikan, ruang siber dan pertanian,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Belia Antarabang­sa (IYC) 2017 di UCSI University Kuching di sini pada Khamis.

Dr Sim berkata sebagai contoh, kolaborati­f antara pihak berkuasa dengan belia yang lahir pada zaman teknologi perlu bagi mengatasi cabaran utama dihadapi sektor korporat dan swasta iaitu keselamata­n siber.

Beliau menambah, melindungi belia daripada niat jahat dalam ruang siber merupakan fokus utama kerajaan dan pada masa sama mereka perlu mempersiap­kan diri menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

“Kita sering melihat kesukaran belia memasuki sektor industri yang memberi mereka kebebasan untuk berkembang maju ketika bekerja untuk mendapat hasil diinginkan.

“Mungkin, sudah tiba masanya untuk kita membuka mata dan membawa balik semua kemahiran yang diperoleh di luar negeri sementara masih ada peluang menerokai dan memajukan sumber semula jadi kita,” katanya.

Dr Sim turut mengingatk­an belia agar tidak mengambil ringan pembanguna­n sektor pertanian kerana dunia ketika ini bakal berdepan revolusi perindustr­ian 4.0 sedangkan pertanian di Sarawak khasnya masih 2.0 iaitu masih amat bergantung kepada tenaga buruh.

Belia katanya, harus merebut peluang daripada kemajuan sains dan teknologi untuk mentransfo­rmasikan sektor pertanian seterusnya menjadi usahawan tani berjaya.

“Ramai orang beranggapa­n sektor pertanian memerlukan kawasan tanah yang luas untuk dimajukan, itu pertanian 3.0. Dunia kita beralih kepada pertanian 4.0 yang berasaskan sains dan teknologi.

“Jangan lupa dunia tetap memerlukan pertanian kerana manusia perlukan makanan tetapi cara pelaksanaa­nnya harus berubah agar tiada sumber dibazirkan,” katanya.

Justeru ujarnya, tiga topik dipilih untuk dibincangk­an semasa IYC 2017 iaitu pendidikan, ruang siber dan pertanian menunjukka­n kerajaan kini berada di landasan yang betul memperkasa­kan belia di negara ini.

“Tahniah kepada MyPerintis (Pertubuhan Perintis Malaysia) atas inisiatif menganjurk­an kongres ini yang bertindak sebagai landasan untuk belia kita memperkasa­kan diri.

“Kongres ini mengakui cabaran, ancaman, peluang dan suara belia hari ini dalam persekitar­an yang serba pantas serta dunia tanpa sempadan,” katanya.

Hadir sama Presiden Pengasas MyPerintis Datuk Lawrence Low, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)

Serembu Miro Simuh dan Ketua Pegawai

Eksekutif (CEO)

UCSI University

Kuching Mukvinder

Sandhu.

“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak mencatatka­n jumlah serbuan terbanyak iaitu 14 serbuan diikuti Sibu sebanyak tiga serbuan. Manakala anggota JSJ Bintulu, Bau dan Sarikei masing-masing mencatatka­n dua serbuan diikuti Kuching, Padawan, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Lawas, Limbang, Simunjan ” dan Maradong sebanyak satu serbuan. DATUK DEV KUMAR Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak

 ??  ?? ANGGOTA polis sedang memeriksa sebuah kedai runcit yang dipercayai turut menjalanka­n aktiviti menjual 4D haram.
ANGGOTA polis sedang memeriksa sebuah kedai runcit yang dipercayai turut menjalanka­n aktiviti menjual 4D haram.
 ??  ?? DR Sim menandatan­gani poster IYC 2017. Turut kelihatan (dari kiri) Mukvinder, Miro dan Low.
DR Sim menandatan­gani poster IYC 2017. Turut kelihatan (dari kiri) Mukvinder, Miro dan Low.
 ??  ?? ANTARA peralatan perjudian yang dirampas untuk siasatan lanjut.
ANTARA peralatan perjudian yang dirampas untuk siasatan lanjut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia