Utusan Borneo (Sabah)

The Blues tenteramka­n ‘Sarkas’ terbesar di Madrid

Batshuayi ledak gol kemenangan Chelsea pada minit akhir perlawanan di Wanda Metropolit­ano

- (kanan) berlari ke arah Conte untuk meraikan jaringanny­a pada perlawanan di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid malam kelmarin. — Gambar Reuters

MADRID, Sepanyol: Penyerang Chelsea, Michy Batshuayi dimasukkan dari bangku simpanan dan menjaringk­an gol kemenangan 2-1 di Atletico Madrid pada apa yang merupakan tendangan terakhir perlawanan dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Antoine Griezmann membuka jaringan buat Atletico dari satu tendangan penalti pada minit ke-40 untuk gol pertama kelab di stadium baharu, Wanda Metropolit­ano selepas menjaringk­an gol pertama dalam La Liga bulan ini.

Bekas penyerang Real Madrid, Alvaro Morata, yang bermula dari akademi remaja Atletico, mengikat kedudukan buat Chelsea dari satu umpanan Eden Hazard pada minit ke60 selepas gagal menamatkan penguasaan dalam separuh masa pertama dengan gol.

Batshuayi menggantik­an Morata ketika berbaki tujuh minit permainan dan kemudian memastikan kekalahan pertama Atletico di tempat sendiri sejak September 2015 dengan menyempurn­a umpanan Marcos Alonso dari jarak dekat pada minit kecederaan.

Antonio Conte

Pengurus Chelsea

“Ia sangat sukar apabila Atletico membuka jaringan dan walaupun begitu, kami selayaknya menang dan terus bermain dengan baik. Kami tidak cemas,” kata pengurus Chelsea, Antonio

Conte ketika memberitah­u sidang media selepas perlawanan.

“Kami boleh berasa gembira dengan permainan dan personalit­i keseluruha­n yang ditunjukka­n. Saya sentiasa memberitah­upemainsay­a di mana ia tidak mengubah apa-apa apabila anda bermain di tempat sendiri atau lawan, anda harus bermain dengan personalit­i dan keazaman yang sama dan cuba untuk menang.”

Jurulatih Atletico, Diego Simeone, sebelum ini membanding­kan sta- d i u m baharu kelabbagai nya sebagai Sarkas terbesar di Madrid dan penyokong kelab dikenali dengan sorakan bingit tetapi Chelsea berjaya mententera­mkan suasana dengan beberapa peluang terbaik.

Hazard, masih tanpa sebarang gol dalam Liga Juara-Juara sejak Mac 2015, menjadi penggerak utama serangan Chelsea dengan satu umpanan cantik kepada Morata tetapi penyudahny­a tersasar dan satu rembatan beliau dari jarak jauh terkena palang.

“Chelsea kelihatan lebih selesa berbanding kami dan saya fikir mereka selayaknya menang,” kata Simeone.

“Mereka memiliki kelebihan taktik dan fizikal. Mereka adalah pasukan yang sangat kompetetif, mereka menunjukka­n lebih banyak kematangan dalam padang berbanding kami dan kami harus mengucapka­n tahniah kepada mereka.”

Atletico bergelut untuk memasuki kawasan padang Chelsea tetapi mempunyai satu peluang terbaik apabila David Luiz menjatuhka­n Lucas Hernandez dalam kotak penalti, membolehka­n Griezmann menjaringk­an gol yang ketiga beliau dari empat perlawanan.

Atletico hampir menjaringk­an gol kedua pada minit akhir sebelum rehat tetapi cubaan Koke ditepis penjaga gol Thibaut Courtois sebelum bola muntah gagal dirembat kemas oleh Saul Niguez.

Ketinggala­n 0-2 sememangny­a tidak adil untuk Chelsea, yang juga beraksi dengan baik dalam separuh masa kedua.

Morata mensia-siakan peluang awal untuk mengikat kedudukan dengan cubaannya tersasar tetapi dari satu umpanan Hazard, beliau melakukan tandukan kilas untuk menjaringk­an gol penyamaan.

Ketika Atletico membayangk­an satu mata mungkin memadai dengan Chelsea terus mengawal permainan, Batshuayi menyempurn­akan satu-satu peluang yang beliau ada untuk membawa pulang tiga mata penuh. — Reuters

 ??  ?? MORATA
MORATA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia