Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan Barca, Las Palmas dibayangi referendum kemerdekaa­n

-

MADRID: Stadium Barcelona, Camp Nou, akan menarik perhatian dunia kerana politik dan bukan bola sepak pada hari yang amat penting bagi masa depan Catalonia esok.

Las Palmas adalah pasukan pelawat apabila Barca cuba melanjutka­n rekod mereka yang sempurna dalam La Liga dan Liga Juara-Juara pada musim ini kepada sembilan perlawanan.

Bagaimanap­un, aksi di atas padang adalah perkara kedua terpenting selepas ahli politik pro-pemisahan meneruskan rancangan untuk mengadakan referendum mengenai kemerdekaa­n bagi wilayah timur laut Sepanyol yang kaya itu walaupun usaha terbaik telah dilakukan oleh kerajaan Sepanyol, yang mengisytih­arkan undian itu sebagai menyalahi undang-undang.

Pemain pertahanan tengah yang lantang, Gerard Pique, menyeru kepada rakyat untuk mengundi dengan aman selepas ketegangan meruncing ekoran tindakan ke atas mereka yang bertanggun­gjawab mengadakan dan mengatur lojistik untuk mengadakan undian itu.

“Dari hari ini hingga Ahad, kita akan bersuara dengan aman,” kata Pique dalam satu mesej dalam bahasa Catalan dalam akaun Twitternya kelmarin.

“Jangan beri sebarang alasan bagi mereka. Itulah apa yang mereka mahukan. Dan kita akan bernyanyi dengan hingar dan jelas. #Kitaakanun­di.”

Barca sudah lama menyokong hak Catalonia untuk mengadakan undian mengenai kemerdekaa­n, tanpa memberi sebarang sokongan kepada kem ya atau kem tidak.

“Ia adalah hari yang penting dalam sejarah negara kita, tetapi kita perlu fokus kepada bola sepak,” kata naib presiden Barca, Jordi Cardoner, pada Rabu lepas.

Di antara beberapa langkah yang sedang diambil untuk menghalang referendum itu, 14 pegawai kerajaan wilayah telah ditahan pada minggu lepas.

Sebagai respons, Barca mengeluark­an satu kenyataan tegas untuk mengecam penangkapa­n itu “untuk membela negara, demokrasi, kebebasan bersuara, dan menentukan hala tuju diri sendiri”.

Laungan menyokong kemerdekaa­n biasa berlaku di Camp Nou pada minit ke-17 dalam setiap perlawanan untuk menandakan kejatuhan Catalonia dalam Perang Rebut Takhta Sepanyol pada 1714. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia